kek susu kukus

Waktu petang jika dapat secawan teh O panas ditemani sepotong Kek Susu Kukus yang gebu, memang lengkap rasa bahagia. Resipinya juga mudah, tak susah cara membuatnya.

Kek Susu Kukus antara kek kukus yang menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya lembut dan gebu. Manisnya pula sedang-sedang, memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Sebelum ini kita selalu fikir kek susah dibuat, tapi jangan risau. Ikut saja resipi Kek Susu Kukus yang dikongsikan oleh Wan Wok di Facebook, pasti anda puas hati dengan hasilnya.

Baca juga: Kek Lapis Selalu Comot Bila Dipotong? Cuba 5 Tips Ini, Confirm Nampak Cantik & Premium!

RESIPI KEK SUSU KUKUS

kek susu kukus

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur (saiz A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar ovalette
  • ¼ sudu teh garam halus
  • ¼ cawan minyak jagung
  • Pewarna makanan (kuning, merah, hijau, coklat, ikut kreativiti)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan telur, gula, ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanila dan garam ke dalam mangkuk. Putar dengan mixer sampai adunan kembang, putih dan gebu.

2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan minyak jagung. Putar perlahan sampai semua sebati dan halus.

3. Kemudian, agihkan adunan kepada 4 mangkuk kecil. Masukkan pewarna berbeza untuk setiap mangkuk (kuning, coklat, merah, hijau). Kacau rata.

kek susu kukus

4. Seterusnya, sapu loyang dengan sedikit mentega. Tuang adunan berselang-seli (contohnya satu sudu warna kuning, kemudian warna merah, hijau dan coklat). Ulang sampai habis supaya jadi corak cantik apabila dipotong nanti.

5. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Letakkan loyang berisi adunan, tutup periuk rapat-rapat (ikat tudung periuk dengan kain supaya air tidak menitis ke kek). Kukus lebih kurang 35 minit dengan api sederhana.

6. Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong. Siap untuk dinikmati!

Kek Susu Kukus sesuai dijadikan juadah minum petang atau sebagai pencuci mulut selepas makan. Teksturnya lembut, rasanya manis berkrim dan pasti keluarga anda menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Wok

Baca juga: Resepi Kek Susu Pisang Paling Moist, Bau Harum Semerbak Satu Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN