Sesiapa yang menyukai kek pasti takkan menolak dengan Kek Sarang Semut Kukus yang boleh dikatakan antara kek berongga yang terlajak sedap.
Kek Sarang Semut Kukus dinamakan sedemikian kerana rupa yang yang berlubang-lubang halus seperti dalam sarang semut.
Rasanya yang sangat kenyal di mulut dan warnanya agak gelap seperti hitam keemasan membuatkan sesiapa saja tertarik untuk memakannya.
Jika anda nak cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Sri Sal di Facebook ini.
Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh
RESIPI KEK SARANG SEMUT KUKUS
Bahan-bahan:
- 4 biji telur (Gred A)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 2 sudu besar butter
- ¼ cawan susu pekat manis (jika tak nak terlalu manis boleh buat 1 cawan saja)
Cara-cara:
1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas perlahan-lahan.
2. Masukkan butter dan sejukkan sebentar.
3. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, kemudian ayak ketiga-tiga bahan.
4. Pukul telur sampai kembang.
5. Masukkan susu ke dalam telur, pukul sekali lagi sehingga sebati dan adunan nampak pekat.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
7. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga rata.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
9. Kukus selama 1 jam dan bagi memastikan adunan masak atau tak, cucuk adunan pakai lidi atau chopsticks. Jika tak melekat, bermakna kek sudah masak. Siap untuk dinikmati!
Anda akan dapat hasil Kek Sarang Semut Kukus yang bukan setakat elok lembut berspan, malah tak terlalu melekit dengan resipi ini.
Ia bukan saja boleh dinikmati sewaktu sarapan, malah anda boleh jadikannya sebagai hidangan minum petang buat seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Sri Sal
Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!