
Nak buat kek yang bau harum, tekstur gebu dan lembut apabila dimakan, boleh cuba buat Kek Pandan Santan ini. Setelah makan, sepotong pun rasa tak cukup dibuatnya.
Kek Pandan Santan ini bukan sekadar sedap, tapi juga boleh dijadikan buah tangan untuk kawan, potluck, jamuan sekolah anak atau hidangan minum petang di rumah.
Resipi Kek Santan Pandan perkongsian Kak Khuzanika di Facebook ini sangat menarik kerana bau pandan yang wangi semerbak pasti membuatkan anda terliur. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Santan Cara Mudah, Pakai 3 Langkah Saja Kek Siap Dan Sedap!
RESIPI KEK PANDAN SANTAN

Bahan-bahan:
- 6 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1¾ cawan tepung kek (jenama Bluekey)
- ¼ cawan santan*
- 1 sudu besar emulco pandan*
- ½ penutup esen pandan*
- Sedikit pewarna hijau*
- 1 sudu besar ovalette
- Secubit garam
- ½ cawan minyak masak
*Bahan bertanda (*) perlu dimasukkan sekali.
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pukul telur, gula dan ovalette sehingga adunan kembang dan gebu, adunan akan jadi putih dan ringan.
2. Selepas itu, masukkan bahan-bahan bertanda (*) dan pukul sampai sebati.
3. Masukkan tepung kek yang telah diayak 2 hingga 3 kali untuk hasil yang halus dan ringan, kemudian pukul rata.
4. Seterusnya, masukkan minyak masak dan kacau hingga sebati. Jangan terlebih kacau. Tuang ke dalam loyang.
5. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu yang sesuai mengikut jenis oven masing-masing (biasanya suhu sekitar 160ºC hingga 170ºC selama 45 hingga 50 minit, api atas bawah).
Selamat mencuba!
Sumber: Tg Khuzanika
Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














