kek mentega

Masih ingatkah ketika masih kecil, kita sering ke dapur melihat ibu atau nenek membuat Kek Mentega di kampung? Ia merupakan nostalgia yang tak boleh dilupakan.

Kek ini menggunakan mentega sebagai bahan utamanya selain gula, telur, tepung dan serbuk penaik. Ia boleh dibuat secara kukus atau bakar.

Apabila menyentuh kek ini, anda akan terasa teksturnya yang sungguh lembut dan gebu. Bayangkan saja memang tak cukup, mesti teringin makan punya.

Anda yang pertama kali buat kek boleh mulakan dengan mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Faisa Radzi di Facebook. Jom cuba!

Baca juga: Kek Pisang Kukus Paling Mudah, Lembut Dan Gebunya Rasa Klasik

RESIPI KEK MENTEGA

kek mentega

Bahan-bahan:

  • 250gram mentega
  • 200gram gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 230gram tepung naik sendiri (ayak)
  • 50gram susu segar (sukat guna gram)
  • Esen vanila

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

3. Masukkan setengah penutup esen pilihan. Saya guna esen vanilla milk.

4. Masukkan susu segar.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan senduk sampai sebati.

6. Lengserkan loyang dengan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak untuk elak kek dari melekat.

7. Bakar api atas bawah pada suhu 160º celsius (bergantung oven masing-masing). Siap!

kek mentega

Walaupun dikatakan terlebih masak, namun rupa kek yang garing dan dalaman yang lembut ini membuatkan ramai terliur untuk mencubanya.

Ia dikatakan sebagai kek lama, tapi pencuci mulut seperti ini tak pernah lapuk dek zaman. Buktinya sampai sekarang orang suka membuatnya.

Jika ada masa lapang, ajaklah anak anda buat Kek Mentega ini bersama-sama di dapur. Barulah boleh mengeratkan hubungan ibu dan anak.

Anda boleh minum petang dengan kek yang cukup lazat ini bersama kopi atau teh o panas. Kami yakin keluarga anda pasti menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Faisa Radzi

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN