Pada entri hari ini, kami ingin kongsikan satu resipi kek marmar coklat yang sangat mudah untuk dibuat meskipun anda baru berjinak dalam dunia baking.
Kek marmar atau nama kebiasaannya adalah kek marble memang sedap dinikmati lebih lagi sekiranya mempunyai tekstur yang lembut dan premium.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Ain Abd Hamid di bawah ini.
Baca juga: Cara Simpan Baki Whipping Cream, Buat Macam Ini Agar Tak Mudah Rosak
RESIPI KEK MARMAR COKLAT
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan minyak jagung
- 2 sudu besar susu manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara Penyediaan:
1. Masukkan telur, gula, minyak jagung, susu manis, dan esen vanilla ke dalam blender. Kisar selama 1-2 minit.
2. Tuangkan campuran ke dalam bekas yang berisi tepung. Kacau hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian; satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
4. Sediakan loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
5. Masukkan adunan secara berselang-seli ke dalam loyang sehingga habis. Goyangkan loyang untuk meratakan adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 50-60 minit atau sehingga masak.
Tip:
Untuk mendapatkan corak marble yang menarik, gunakan sudu atau lidi untuk membuat pusaran pada adunan sebelum dibakar.
Related Posts
Resipi Popular
Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!
Nasi Planta Safron, Nasi Gebu & Wangi ‘Confirm’ Terpikat Selera
Jemu Dengan Kuih Jawa Yang Biasa, Wanita Ini Kongsi Resipi Kuih Jawa Red Velvet
Kuih Getas Lembut Dan Manis Berlemak, Kuih Klasik Kesukaan Ramai
Resepi Dim Sum Ekpress & Dicicah Pula Dengan Sos Pedas, Memang Terbaik!
Artikel Popular
Resipi Bihun Sup Ala-Ala ‘Chinese Style’ Mudah & Sedap, Wajib Cuba!
Kuah Laksa Kedah ‘Original’, Resipi Turun-Temurun Nenek Moyang
Bubur Sagu Sum Sum, Sedap Lalu Kat Tekak, Lemak-lemak Manis Gitu
3 Cara Peram Buah Yang Betul, Barulah Tak Terlebih Masak Bila Nak Makan
Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Kenyang!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!