Mari cuba buat Kek Marble Kampung. Yang baru belajar nak buat kek mesti jadi ikut resipi ini. Kek marble antara kek yang sentiasa ada peminatnya. Teksturnya yang lembut, gebu itu buatkan anak-anak kecil pun suka.
Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden yang lazat dengan keju dan krim yang melimpah, kek kampung tetap menjadi pilihan yang tidak pernah bosan. Selain daripada kek butter yang popular, kek marble juga antara pilihan yang menarik.
Baca juga: Kek Tapak Kuda Lembut & Gebu, Mudah Je Rupanya Nak Buat
Proses penyediaannya sangat mudah, bahkan mereka yang kurang mahir dalam membuat kek pun boleh mencubanya. Untuk anda yang ingin mencuba, boleh mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Erma Nur Shadila ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mix butter dan gula sampai putih gebu
2. Masukkan esen vanila
3. Masukkan telur sebiji dan mix lagi
4. Masukkan tepung sikit dan mix
5. Ulang step 3 dan 4 sampai habis
6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian tambah serbuk koko/emulco
7. Sendukkan adunan berselang seli secara bertindih
8. Lorek bahagian atas. Dan hentak sedikit loyang
9. Guna loyang 7×7 inci
10. Bakar dalam suhu 150C selama 50 minit. Tunggu sejuk baru terbalikkan dan potong.
Nota: Erma pakai cawan di rumah saja. Dah guna pelbagai jenis cawan pun jadi je keknya. Tapi, jika ada cawan sukatan metrik lagi bagus. Resipi sukatan cawan ini Erma guna sebab masa awal-awal dulu tiada penimbang.
Selamat mencuba.
Sumber: Erma Nur Shadila
Baca juga: Tip Kek Coklat Moist Kukus Cantik Berderai, Tambahkan 1 Bahan Ini
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…