Semua orang suka makan kek. Nak-nak lagi, dapat makan kek marble yang sedap ni. Kalau nak beli, memang ada yang jualkan. Jika nak makan sekadar hilangkan rasa teringin boleh lah.
Baca juga: Kek Gulung Batik Nutella, Ini RAHSIA Untuk Gebu Dan Cantik
Tapi yang suka nak cuba sendiri, nak sedekah pada jiran-jiran, nak makan beramai-ramai dengan keluarg lebih baik buat sendiri. Mudah je!
Nak buat kek marble ni mudah je dan rasa ia memang sedap bila makan panas-panas. Jangan sampai berebut pula dengan orang lain.
Ikuti resipi cara orang dulu dulu ini dari Cik Puan Haslinda Hamid ini.
RESIPI KEK MARBLE CARA KLASIK
Masa posting tentang kek marble klasik semalam, saya fikir resipi yang saya guna macam tak betul sebab tak menggunakan susu. Bila baca komen memang betul, resepi mak kita dulu-dulu memang sangat simple, bakar pun atas api dapur je. Tapi sekarang memang pelbagai resipi kek marble yang bagus juga sebenarnya, banyak variasi terpulang yg mana sesuai selera.
Bahan-bahan:
- 2 cawan marjerin
- 2 cawan gula kastor
- 6 biji telur, masuk sebiji2
- 3 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali marjerin dan pewarna.
2. Mix sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan majerin yang kita cairkan tadi kacau biar sebati guna spatula je.
4. Kemudian bahagikan kepada 3 warna. Warnakan dengan pewarna yang kita ada
5. Tompok-tompokkan adunan berwarna dengan senduk. Lorek kan bahagian atas dengan lidi.
6. Bakar dengan 150 darjah celcius selama 60 minit. Menggunakan api atas bawah.
7. Siap.
Selamat mencuba resipi kek cara klasik ini.
Baca juga: Kek Yogurt SIMPLE Guna Airfryer, Memang Gebu Dan Cair Di Mulut