Ramai peniaga buah-buahan mula menjual pelbagai jenis durian kerana musimnya sudah pun tiba dan inilah waktu paling tepat untuk anda cuba resipi Kek Durian yang sangat mudah.
Kami yakin peminat durian pasti sangat menyukai Kek Durian dengan teksturnya yang gebu dan lembut. Apabila makan, anda akan terasa isi durian yang sangat asli di dalamnya.
Resipi Kek Durian yang dikongsikan oleh Stcaldina Ismail di Facebook ini cukup menarik untuk anda buat di rumah. Jom cuba!
Baca juga: Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek
RESIPI KEK DURIAN
Bahan-bahan:
- 1 cawan isi durian (durian kampung)
- ¼ cawan susu uht
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 2 biji telur
- ¾ cawan gula kastor
- 1 sudu besar ovalette
- 1 penutup esen vanilla
- ½ cawan minyak masak atau minyak jagung
Cara-cara:
1. Isi durian jika nak kisar dulu boleh, tak kisar pun boleh, dapatlah rasa tekstur durian semasa makan nanti.
2. Pukul telur, gula dan ovalette guna mixer sehingga gebu selama 7 minit, kemudian masukkan esen vanilla dan mixed lagi.
3. Masukkan isi durian yang dah dikisar dengan susu tadi, kemudian mixed sekejap.
4. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil mixed perlahan, kemudian masukkan minyak masak.
5. Panaskan oven selama 10 minit sebelum mula membakar.
6. Sapu marjerin pada loyang saiz 8 x 8, kemudian alaskan dengan baking paper.
7. Tuang adunan dan bolehlah bakar dengan suhu 150ºC selama 40 minit guna api atas bawah. Siap untuk dinikmati!
Banyak cara yang digunakan untuk menghabiskan durian yang ada dan anda pasti tak nak bau durian yang semerbak begitu lama di dalam rumah bukan?
Oleh itu, Kek Durian ini merupakan salah satu pencuci mulut yang anda boleh buat. Seronok makan ketika minum petang bersama yang tersayang.
Selamat mencuba!
Sumber: Stcaldina Ismail
Baca juga: Kek Santan Cara Mudah, Pakai 3 Langkah Saja Kek Siap Dan Sedap!