Pasti ramai yang sudah biasa buat kek chiffon pandan kan? Tapi kali ini apa kata jom cuba resepi kek chiffon oren pula.
Kek ini sangat gebu dan ringan bila dikunyah. Makan banyak pun tak apa, sebab tak rasa muak sama sekali.
Jika ada ingin mencubanya, ikuti saja resipi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Mask Cotek di bawah.
Baca juga: Kek Santan Cara Mudah, Pakai 3 Langkah Saja Kek Siap Dan Sedap!
Bahan A:
Cara-cara penyediaannya:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan krim tartar. Pukul lagi sehingga kental /bertanduk. Ketepikan.
Bahan B:
Cara-cara penyediaanya:
1. Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula halus guna kelajuan sederhana.
2. Masukkan minyak, garam, sunquick, parutan kulit oren, pewarna dan jus oren. Pukul lagi.
3. Akhir sekali, masukkan tepung naik sendiri. Adun perlahan sehingga sebati.
4. Ambil 1/2 dari Bahan A (putih telur) masukkan ke dalam Bahan B. Gaul rata.
5. Kemudian masukkan ke dalam baki Bahan A. Kaup balikkan hingga semuanya sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang (saiz 22cm @ 9 inci). Loyang tidak perlu dilenser dengan marjerin, minyak atau sebagainya.
7. Hentak loyang sekali dua sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
8. Bila sudah masak, keluarkan kek dari ketuhar dan terus terbalikkan atas redai kek. Biarkan kek betul-betul sejuk (lebih kurang 45 minit).
9. Ambil pisau, sisipkan keliling kek dan keluarkan dari loyang.
10. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Mas Cotek
Baca juga: Kek Marble Jelita Anti Gagal, Macam-Macam Corak Boleh Buat!
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…