Categories: Infomasi

Kegunaan Buah Keras Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satu Boleh Memekatkan Kuah!

Buah keras merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga euphorbiaceae dan nama saintifiknya adalah aleurites moluccanus. Namun begitu, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kegunaan buah keras ini dalam masakan.

Untuk pengetahuan anda, buah keras juga sering dijadikan sebagai bahan dalam penghasilan kosmestik. Buah keras yang telah dihancurkan juga boleh dijadikan sebagai sabun dan syampu.

Buah keras ini berwarna krim, lembut, berminyak dan berkulit keras. Rasa dan teksturnya pula seakan kacang macadamia tetapi mempunyai fungsi dan khasiat yang berbeza.

Baca juga: Khasiat Terung Pipit Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Boleh Cegah Penyakit Darah Tinggi!

KEGUNAAN BUAH KERAS DALAM MASAKAN

1. Penyerap rasa dalam makanan

Boleh dijadikan penyedap rasa dalam masakan seperti sup, kari, masak merah, rendang, tumisan, sayuran dan sebagainya.

2. Pemekat kuah

Buah keras ini sesuai digunakan untuk memekatkan kuah. Namun digalakkan untuk dimasak terlebih dahulu kerana ia mempunyai toksik yang merbahaya.

3. Masakan lebih berkrim dan lazat

Buah keras ini dikatakan mempunyai banyak minyak di dalamnya yang membantu memberikan rasa lemak dan berkrim yang tinggi berbanding jika tidak menggunakannya.

4. Memberikan keharuman dalam masakan

Buah keras ini juga dapat menaikkan baud dalam masakan. Gunakan 2 atau 3 biji sahaja dalam setiap masakan bagi menaikkan bau dalam masakan seperti gulai dan asam pedas.

5. Rahsia masakan baba nyonya yang sedap

Anda yang baru mengenali buah keras ini pasti baru mengetahui yang buah ini merupakan ramuan rahsia dalam masakan baba nyonya yang sedap itu. Cubalah sendiri dan anda akan ketahui keunikannya.

KHASIAT DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

  • Melebatkan rambut
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Merawat masalah rambut gugur
  • Melegakan sakit sendi
  • Menyembuhkan luka
  • Melambatkan pertumbuhan uban
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Merawat masalah sembelit
  • Merawat sakit gigi
  • Mencegah penyakit insomnia
  • Mengawal berat badan

Sumber: ASA Frozen Food

Baca juga: Khasiat Air Nasi Atau Rebusan Beras Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Boleh Jadi ‘Ubat’

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago