Categories: Resipi

5 Resipi Pisang Untuk Sarapan Pagi, Semuanya Sedap-Sedap & Mengenyangkan

Pisang bukan saja sedap, malah ianya menyihatkan kerana kaya dengan zat besi dan tenaga. Oleh itu, jom MyResipi kongsikan idea sarapan pagi yang anda boleh cuba dengan menggunakan pisang.

Sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah mahupun sarapan pagi untuk seisi keluarga tersayang.

Baca juga: 12 Perencah Nasi Goreng Yang Paling Ramai Guna Di Malaysia, Memang Terbaik!

IDEA SARAPAN PAGI MENGGUNAKAN PISANG

1. ROTI GULUNG PISANG

Bahan-bahan:

  • 3 biji pisang ( belah dua jika mahu digulung dalam roti/potong kecil untuk frech toast)
  • 6 keping roti

Bahan celupan:

  • 2 butir telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu makan gula pasir
  • 75 ml susu cair
  • 50 gram mentega untuk menumis

Cara-cara:

1. Pukul telur bersama garam, dan gula pasir. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil diaduk rata.

2. Celup roti satu per satu. Letakkan pisang. Gulung.

3. Gorengkan dengan mentega yang sudah dipanaskan sehingga keemasan.

4. Enak dimakan dengan sos coklat atau mana-mana sapuan. Selamat mencuba!

Sumber: Awie Nawawi

2. ROTI PISANG RANGUP

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Pisang masak
  • Marjerin
  • Kuning telur
  • Gula perang (boleh ganti gula putih, tapi jangan guna banyak)
  • Cheddar cheese (jika ada)

Cara-cara:

1. Sapu marjerin pada roti sehingga rata. Kemudian susun pisang yang sudah dibelah dua mengikut kreativiti masing-masing.

2. Seterusnya sapu lagi marjerin pada pisang yang sudah disusun tadi. Sapukan juga kuning telur. Kemudian taburkan cheese atau gula perang ke atas pisang.

3. Sedia untuk dibakar menggunakan air fryer pada suhu 180°c selama 5-7 minit atau mengikut air fryer masing-masing.

4. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Sumber: Hamizah Zakaria

3. LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:

  • 8 biji pisang yang masak ranum (apa-apa pisang pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan tpg gandum
  • 2 sb planta dicairkan terlebih dahulu
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang, kemudian masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.

2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak. Bolehlah mula melempeng. Selamat mencuba!

Sumber: Noriza Awang Hamat

4. CEKODOK PISANG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 500 gram pisang
  • 100 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung beras
  • ¼ sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang sehingga hancur. Kemudian masukkan semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati.

2. Panaskan kuali. Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat comel, boleh gunakan tangan. Kemudian balik-balikkan cekodok, sehingga masak supaya masak sekata.

3. Siap, hidangkan panas-panas dengan minuman kegemaran kalian. Selamat mencuba!

Sumber: Khadijah Jaafar

5. KEK PISANG MINI KUKUS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 4 biji pisang dilecek (pisang berangan)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen pisang

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan ketepikan dulu.

2. Dalam blender, masukkan telur, gula ovelette esen vanilla. Kisar hingga kembang.

3. Kemudian masukkan susu pekat, pisang lecek, minyak dan kisar lagi sampai sebati.

4. Masukkan tepung gandum yang dah ditapis sedikit demi sedikit dan kacau guna senduk kayu.

5. Akhir sekali tambahkan esen pisang dan kacau bagi sebati

6. Sediakan bekas acuan lompang, sapukan sedikit minyak pada acuan bekas lompang dan isi adunan separuh dalam bekas lompang.

7. Kukus kek pisang di atas api sederhana besar selama 15 minit hingga masak. Selamat mencuba!

Sumber: Siti Mariam Mohamad

Baca juga: 7 Resipi Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang, Wangi Aromanya & Sedap-Sedap Belaka

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

14 hours ago