kedai mee celup

Sebuah kedai mee celup di Machang, Kelantan menjadi perhatian ramai kerana masih menjual beberapa menu pada harga hanya RM1, walaupun kos bahan mentah dan operasi semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa yang lebih menarik, harga tersebut sudah dikekalkan sejak 2016. Tidak hairanlah ramai pelanggan sanggup datang dari luar Kelantan, termasuk Johor dan Kuala Lumpur, semata-mata untuk menikmati hidangan yang murah tetapi tetap sedap dan mengenyangkan.

Baca juga: ‘Watermelon Sandwich’ Jadi Fenomena Di Manchester, Netizen Malaysia Terus Terliur Nak Cuba!

KEDAI MEE CELUP INI KEKALKAN MENU RM1 SEJAK 2016

kedai mee celup

Pemiliknya, Aminah Awang atau lebih dikenali sebagai Kak Tie, berkata keputusan mengekalkan harga dibuat bagi memastikan kanak-kanak, pelajar dan golongan kurang berkemampuan masih boleh menikmati makanan panas pada harga mampu milik.

Antara menu yang dijual pada harga RM1 ialah mee sup, bihun sup, kuetiau sup, nasi air, sosej bakar, Air Batu Campur (ABC) dan Air Batu Jagung (ABJ). Walaupun murah, setiap hidangan tetap disediakan bersama sayur dan isi ayam.

RAHSIA MASIH MAMPU KEKALKAN HARGA

kedai mee celup

Menurut Kak Tie, beliau mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan pada harga yang lebih berpatutan serta menguruskan kos operasi dengan cermat.

Walaupun keuntungan tidak besar, beliau bersyukur masih mampu meneruskan perniagaan sambil membantu masyarakat mendapatkan makanan yang berkualiti pada harga rendah.

RAMAI SANGGUP DATANG DARI LUAR NEGERI

Keistimewaan kedai ini membuatkan pelanggan bukan sahaja datang dari sekitar Kelantan, malah ada yang sanggup memandu dari Johor dan Kuala Lumpur untuk mencuba sendiri menu RM1 yang semakin sukar ditemui.

Malah, kedai ini juga pernah tular di TikTok selepas perkongsian mengenai mee sup RM1 meraih lebih 1.3 juta tontonan, sekali gus menjadikan ia antara lokasi makan yang sering menjadi buruan pencinta mee celup.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kelantan Daily

Baca juga: Tempe Edamame Raih Perhatian Ramai, Usahawan Malaysia Tampil Dengan Inovasi 5 Jenis Tempe Penuh Khasiat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN