popia sayur

Kalau tengah cari idea kudapan yang rangup di luar, juicy di dalam dan makan panas-panas memang padu, popia sayur versi homemade ni memang wajib cuba.

Lebih menarik, resipi yang dikongsikan oleh Aslinda Radzhi di Facebook ini bukan saja mudah, tapi siap dengan sos ala Thai yang pedas manis dan menyengat, memang buat bertambah berkali-kali.

Gabungan sayur segar dengan isi ayam dan telur menjadikan inti popia lebih berperisa dan tak hambar. Jom kita tengok cara lengkap nak buat!

Baca juga: Cara Buat Popia Bergedil Rangup Yang Tahan Lama, Inti Tak Berair & Kulit Tak Lembik

RESIPI POPIA SAYUR RANGUP AYAM SOS THAI

popia sayur

Bahan-bahan:

  • Kubis (dipotong halus / disagat)
  • Lobak merah (disagat)
  • Isi ayam (dicincang)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Telur
  • Perencah pati ayam
  • 2 sudu besar marjerin / minyak masak (untuk menumis)
  • Kulit popia secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan marjerin atau minyak dalam kuali.

2. Pecahkan telur dan buat telur hancur. Angkat dan ketepikan.

3. Tumis bawang putih hingga naik bau.

4. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.

5. Perasakan dengan perencah pati ayam.

6. Masukkan semula telur hancur tadi, gaul sebati.

7. Satukan bahan tumisan dengan kobis dan lobak merah dalam bekas besar. Gaul rata.

Cara Menggulung Popia

1. Letakkan inti secukupnya atas kulit popia.

2. Gulung kemas dan lipat bahagian tepi supaya inti tak terkeluar.

3. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan dan rangup.

4. Angkat dan toskan minyak.

RESIPI SOS THAI PEDAS MANIS

Bahan-bahan:

  • 7 tangkai cili besar merah
  • 7 tangkai cili api merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • ¼ cawan gula
  • ¼ cawan cuka
  • Bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan sos)

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar cili besar, cili api, bawang putih dan air hingga halus.

2. Tuang ke dalam periuk.

3. Masukkan gula dan cuka, kacau rata.

4. Masak atas api sederhana selama kira-kira 5 minit.

5. Tambahkan bancuhan tepung jagung ikut kepekatan yang diingini.

6. Masak hingga mendidih dan sos menjadi pekat. Siap untuk dihidangkan!

Tip Supaya Popia Lagi Sedap

  • Jangan masukkan terlalu banyak inti supaya mudah digulung dan tak pecah.
  • Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng untuk hasil lebih rangup.
  • Sos boleh disimpan dalam peti sejuk dan tahan beberapa hari.

Kenapa Wajib Cuba?

Popia sayur ni bukan saja sesuai untuk minum petang, tapi juga boleh jadi menu jualan sebab kos bahan yang rendah dan rasa yang “kick”! Tambah pula dengan sos pedas manis homemade, memang lain daripada yang lain.

Selamat mencuba!

Sumber: Aslinda Radzhi

Baca juga: Popia Sambal Guna Tauge Mentah, Tapi Laku Keras & Kekal Rangup

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN