Sekinchan merupakan destinasi yang berdekatan dengan laut, sudah tentu makanan laut antara yang makanan yang mudah dijumpai di sini. Selain itu, sekinchan juga terkenal dengan makanan eksotik.
Makanan eksotik yang biasa dijual di Sekinchan terdiri dari haiwan seperti landak, pelanduk, belangkas, mentarang, daging rusa dan sebagainya.
Sebelum kita ke senarai restoran haiwan eksotik yang ada di Sekinchan, jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai rupa dan rasa makanan eksotik ini.
Baca juga: 10 Kedai Makan Pontian Yang Menarik, No. 3 Tu Lain Dari Yang Lain!
JENIS MAKANAN EKSOTIK
1. Landak (contoh makanan eksotik)
Landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Haiwan ini juga mempunyai duri di permukaan badannya.
2. Daging Rusa
Daging rusa juga salah satu makanan eksotik yang wajib dicuba. Daging ini sedikit liat berbanding daging lembu, namun berbaloi dicuba kerana keunikannya yang lain dari lain.
3. Pelanduk (contoh makanan eksotik)
Daging pelanduk kelihatan seakan-akan daging ayam kerana warnanya aga putih apabila digoreng.
Teksturnya juga lembut dan kenyal, cukup sedap jika dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.
4. Belangkas
Belangkas adalah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Ia mudah ditangkap di tepi pantai kerana tidak mengigit.
Buat kebanyakan orang, belangkas merupakan makanan paling eksotik yang pernah mereka rasai dan sangat unik.
Isi belangkas pula berwana putih dan rasanya seakan-akan isi ketam. Selain itu, isi di dalamnya tidak banyak dan rasanya sedikit tawar.
5. Mentarang
Siput mentarang adalah sejenis haiwan bercengkerang yang boleh dimakan dan mempunyai kulit yang nipis.
Ramai yang tidak tahu akan kewujudan siput ini, termasuklah penulis. Bentuk mentarang ini sama seperti lala, hanya berbeza sedikit sahaja.
Rasanya pula sangat sedap tetapi sedikit masin, namun tidak hanyir jika dibandingkan dengan kerang.
6. Tiram (contoh makanan eksotik)
Tiram antara makanan eksotik yang paling sedap antara semua makanan eksotik yang lain.
Ramai yang suka makan tiram secara mentah kerana sesetengahnya rasa manis namun ada juga yang rasa masin. Malah ada tiram yang rasa seperti timun cina.
Tiram ini juga mempunyai tekstur lembut dan berdaging, tetapi rangup pada gigi.
KEDAI MAKANAN EKSOTIK DI SEKINCHAN
Kalau ada yang ingin mencuba haiwan eksotik ini, jom MyResipi senaraikan beberapa kedai yang wajib anda cuba jika singgah ke Sekinchan.
1. Restoran Lembah Bernam
Alamat: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan, Pasir Panjang, Selangor
Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat (11 pagi hingga 5 petang)
2. Faridah Mentarang Bakar Sekinchan
Alamat: Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (10 pagi-5 petang)
3. Aji Mentarang Bakar
Alamat: Batu 3/4, jalan besar tali air 7, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Khamis (12 tengah hari-9 malam)
4. Restoran Abah Bonda Ikan Bakar Sekinchan
Alamat: Jln Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa (10 pagi-4 petang, 5 petang-11 malam)
5. Warong Amai Mentarang
Alamat: alan lapis, 1, Jalan Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (10.30 pagi-10 malam)
6. Abah Ikan Bakar
Alamat: Jalan Orkid, Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: Isnin, Rabu, Khamis (3.30 petang-11.30 malam), Jumaat (3 petang-11.30 malam), Sabtu & Ahad (12.30 tengah hari-11 malam)
Sumber: Trip Jalan
Baca juga: 5 Port Kedai Makanan Laut Di Kuantan, Dijamin Semuanya Segar-Segar!