Bila datang kat Johor je mesti kita pening nak makan kat mana yang best kan? Haa rupanya ada sebuah kedai makan yang dipanggil ‘Hidden Gem‘ oleh orang-orang johor sendiri sebab tak ramai yang tahu tentng kewujudan kedai yang sedap dan murah ini. Sebuah akaun di Twitter @visitjohor_ ada berkongsikan tentang tempat makan ini.
Kedai ‘Hidden Gem’ Di Johor Yang Ramai Tak Tahu
‘Orang Gelang Patah! Ni min nak share kan dengan korang satu kedai boat noodle yang boleh dikatakan ‘hidden gem‘ sebab tak ramai tahu kedai ni tapi dia serious sedap iaitu dekat Teh O Ice 50 Cent & Boat Noodle, Taman Nusantara!’
Selain tu, dekat sini pun ada menyediakan makanan untuk berbuka tau! Antara menu special sepanjang Ramadhan yang korang boleh cuba ialah Ayam Percik Putih dengan Miang Pla Tod (deep fried tilapia with thai laksa dipped in green chili sauce).
‘Favourite min of course dia punya boat noodle, awal-awal order sikit-sikit je tahu-tahu nanti bermangkuk-mangkuk yer order’
‘Korang serious kena try menu Daging Harimau Menangis makan dengan pulut (boleh jugak request Nasi Putih), betul-betul rare tauu takde jumpa dekat kedai lain. Tak lupa jugak, signature menu dekat sini iaitu Nasi Kerabu, Nasi Kukus dan Tomyam‘
Anda juga boleh cuba makan desserts popular mereka iaitu pulut mangga dan banana caramel. Anda juga disarankan untuk membuat tempahan meja dengan lebih awal ok?
Yang penting owner kedai makan ini adalah Melayu muslim, jadi anda tidak perlu risau, semestinya halal. Enjoy your boat noddles ya!
Alamat: No. 58-01, Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor
Waktu Operasi: 3.00 Petang – 10.00 Malam (Setiap Hari)
No Telefon: 07 570 1797 / 018 760 4149 (Whatsapp) *Waktu operasi adalah sepanjang bulan Ramadhan sahaja
Sumber: Visitjohor_