Demi Kebersihan Makanan, Peniaga Ini Pasang Penghadang Di Gerai, Nampak Simple Tapi Ramai Suka

Bab kebersihan makanan memang tak boleh ambil ringan, lebih-lebih lagi bila melibatkan jual beli makanan kepada orang ramai. Silap sikit, boleh jejaskan kesihatan pelanggan dan juga reputasi peniaga sendiri.

Baru-baru ini, seorang peniaga kuih menarik perhatian ramai apabila mengambil inisiatif mudah tetapi bijak — memasang penghadang lutsinar di meja jualannya demi memastikan makanan sentiasa bersih dan terjaga.

Baca juga: Ini Sebab Pekerja Restoran Tak Boleh Hidang Dekat Bayi, Tangan Laju, Makanan Pun Panas!

IDEA RINGKAS UNTUK JAGA KEBERSIHAN MAKANAN

Menerusi perkongsian di media sosial, peniaga dikenali sebagai Yat Jaafar memaparkan suasana gerainya yang menjual aneka kuih tradisional dan pencuci mulut.

Beliau memilih untuk memasang penghadang di bahagian hadapan meja bagi mengelakkan makanan daripada disentuh pelanggan, terkena habuk atau dimasuki rambut tanpa disedari.

Menurut Yat, kuih yang berwarna-warni memang mudah menarik perhatian, terutamanya kanak-kanak.

“Kadang orang dewasa pun refleks nak sentuh makanan. Kita pula serba salah nak tegur. Jadi bila pasang penghadang ni, rasa lebih tenang sebab kebersihan makanan lebih terjaga.”

-yat_jaafar-

PELANGGAN LAGI SELESA DAN YAKIN NAK BELI

Menariknya, langkah ini bukan saja menjaga kebersihan, malah membuatkan pelanggan lebih selesa dan yakin untuk membeli.

Ramai yang memuji kerana gerai kelihatan lebih kemas, bersih, tersusun dan nampak profesional.

Ada juga peniaga lain yang berminat untuk meniru idea ini dan bertanya cara menghasilkan penghadang tersebut. Menurut Yat, beliau hanya menggunakan kepingan acrylic yang dipasang bersama penghadang buku — kos rendah, mudah dan praktikal.

KEBERSIHAN MAKANAN TARIK PELANGGAN ZAMAN SEKARANG

Zaman sekarang, ramai pelanggan semakin peka tentang kebersihan makanan. Gerai yang bersih dan teratur biasanya jadi pilihan utama.

Langkah kecil seperti ini sebenarnya boleh tingkatkan kepercayaan pelanggan, buat gerai nampak lebih diyakini dan bantu naikkan jualan.

Inisiatif Yat Jaafar ini membuktikan bahawa jaga kebersihan makanan tak semestinya rumit atau mahal. Dengan idea ringkas, makanan jadi lebih terlindung dan pelanggan pun rasa lebih yakin.

Moga usaha ini jadi inspirasi kepada lebih ramai peniaga untuk sama-sama menjaga kualiti dan kebersihan makanan demi kebaikan semua.

Semoga bermanfaat!

Sumber: yat_jaafar

Baca juga: Peniaga Di Labuan Buat Ramai Kagum, Makanan Dijual Siap Ada Label Macam Barang Pasar Raya!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

16 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

17 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

17 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

18 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

18 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

19 hours ago