
Kuih tepung pelita ialah snek tradisional Melayu yang lembut dan manis, sesuai dinikmati ketika berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Dengan dua lapisan yang berbeza rasa, lapisan bawah manis wangi pandan dan lapisan atas lemak santan, kuih ini pasti menjadi kegemaran keluarga dan tetamu di rumah.
Resipi kuih tepung pelita moden ini mudah diikuti dan sesuai disediakan dalam kuantiti banyak untuk jamuan Ramadan. Hanya dengan bahan asas seperti tepung beras, gula, santan, dan daun pandan, anda boleh hasilkan kuih yang cantik, lembut dan sedap dimakan sejuk-sejuk atau terus selepas dimasak.
Baca juga: Cara Buat Acuan Tepung Pelita Tanpa Lidi Dan Stapler, Lebih Selamat Makan!
RESIPI KUIH TEPUNG PELITA MODEN

Bahan-bahan lapisan bawah (manis):
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- ½ cawan air pandan
- 5 cawan air putih
- Pewarna hijau secukupnya
Bahan-bahan lapisan atas (santan):
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan (dari kelapa segar atau kotak 200ml + air hingga 3 cawan)
- 3 cawan air
- 1 sudu gula
- Daun pandan
- Secubit garam
Cara-cara penyediaan:
1. Sediakan Lapisan Bawah
- Satukan tepung beras, gula, air pandan, air dan pewarna hijau. Kacau sebati sebelum letak atas api.
- Masak dengan api sederhana sambil kacau tanpa henti.
- Bila adunan mula pekat, kecilkan api dan terus kacau sehingga pekat, berkilat dan sedikit meletup-letup.
- Tuang ke dalam acuan kecil. Biarkan sejuk sedikit sebelum tuang lapisan atas.
2. Sediakan Lapisan Atas
- Campurkan tepung beras, santan, air, gula, daun pandan dan garam hingga sebati.
- Masak sambil kacau hingga mendidih perlahan.
- Tuang adunan panas ke atas lapisan bawah yang telah sejuk sedikit.
3. Sejukkan Dan Hidang
- Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dimakan.
- Boleh simpan dalam peti sejuk dan nikmati sejuk-sejuk, lebih sedap untuk berbuka.
Tips Kuih Tepung Pelita Sempurna
- Kacau adunan tanpa henti untuk elak berketul.
- Pastikan lapisan atas tuang ketika lapisan bawah telah sejuk sedikit.
- Guna daun pandan segar untuk aroma lebih wangi.
- Jangan terlalu lama masak lapisan atas supaya tekstur kekal lembut.
Kuih tepung pelita moden ini sesuai dijadikan snek berbuka atau juadah tambahan sepanjang Ramadan. Dengan lapisan hijau yang cantik dan lapisan santan yang lemak manis, pasti membuat semua teruja. Cubalah resipi ini dan nikmati kuih tradisional Melayu dengan sentuhan moden sepanjang bulan puasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Are Peace
Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














