pekerja restoran

Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa kesal di media sosial tentang tindakan pekerja restoran yang terus meletakkan makanan panas di depan bayi yang sedang duduk dalam kerusi bayi.

Pekerja restoran biasanya akan terus letak makanan di mana-mana ruang kosong atas meja pelanggan. Namun sebagai pekerja, seharusnya peka dengan keadaan sekeliling.

Baca juga: Restoran Ramai Orang Tapi Kerusi Bayi Kotor Teruk, Ini Antara Komen Pedas Netizen Yang Paling Win!

WANITA LUAH KESAL, PEKERJA RESTORAN LETAK MAKANAN PANAS DEPAN BAYI

pekerja restoran

Melalui perkongsian oleh ashikinnorazwan di Threads, beliau meluahkan rasa risau apabila melihat pekerja restoran meletakkan makanan panas terlalu hampir dengan bayi. Katanya, sudah beberapa kali beliau alami situasi seperti itu sendiri.

Benda nampak remeh, tapi sebenarnya besar kesannya. Satu tindakan berhati-hati boleh mengelak kemalangan, malah buat pelanggan lebih selesa nak datang lagi.

Oleh sebab itu, beliau berharap agar pihak majikan lebih peka dan memberi tunjuk ajar kepada pekerja restoran tentang cara yang lebih selamat ketika menghidang makanan.

Ramai netizen bersetuju dengan pandangannya. Rata-rata yang pernah membawa anak kecil ke restoran turut mengakui pernah mengalami situasi sama. Ada yang sempat menahan tangan anak sebelum terkena makanan panas.

REAKSI NETIZEN, RUPANYA RAMAI HADAPI SITUASI YANG SAMA

Ramai netizen bersetuju dengan pandangannya. Rata-rata yang pernah membawa anak kecil ke restoran turut mengakui pernah alami situasi sama.

Ada yang sempat menahan tangan anak sebelum terkena makanan panas dan ada juga yang berkongsi pengalaman lebih cemas.

pekerja restoran

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: ibjela dari X

Sumber: ashikinnorazwan

Baca juga: “Mahal, Sedap, Tapi Biadab” – Wanita Luah Kecewa, Pekerja Kedai Makan Kurang Mesra

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN