Karipap Inti Bihun atau lebih dikenali dengan nama Pastil ini memang antara kuih yang popular jika singgah ke Sabah. Bentuknya saling tidak tumpah dengan karipap, namun intinya padat dengan bihun goreng.
Mungkin di Semenanjung, sajian ini dianggap agak pelik. Namun demikian, dalam kalangan penduduk Sabah, itulah salah satu pencuci mulut kegemaran mereka pada waktu petang yang dikenali sebagai kuih pastil.
Baca juga: Kulit Karipap Daun Sup, Memang Harum Dan Sedap Teksturnya
Masyarakat suku kaum Bajau dan Suluk pula dikatakan yang paling handal membuat kuih berkenaan. Bagi orang Sabah yang sudah lama duduk di semenanjung, pastinya merindukan Pastil ini.
Sekarang boleh buat sendiri di rumah. Mari ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Iza Fariza Mohamed ini.
Karipap bihun pelik tapi benar memang ada hanya dekat Sabah saja. Datangkan sekali dengan resipi air lada untuk dicicah.
Bahan-bahan kulit karipap:
Cara-cara penyediaan kulit karipap:
1. Cairkan dua bahan yang bertanda * kemudian tuang minyak panas dalam tepung.
2. Masukkan garam dan gaul tepung dengan senduk kayu. Jangan gaul dengan tangan nanti melecur.
3. Kemudian tuang air kapur dan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tak melekat di jari. Rehatkan doh selama 4 jam.
4. Kulit karipap ini bila goreng memang ia berjerawat tapi tak akan berminyak.
5. Doh ini dapat menghasilkan 16 biji karipap yang besar.
Bahan-bahan inti karipap:
Cara-cara penyediaan inti:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk hingga wangi.
2. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap masin.
3. Masukkan air 1/2 cawan atau agak-agak sahaja. Biar hingga mendidih kemudian masukkan bihun yang telah direndam kacau hingga masak, ketepikan.
Bahan-bahan air lada:
Cara penyediaan air lada:
1. Semua bahan bertanda * harus ditumbuk.
2. Kemudian tuang air panas dan cuka ikut selera nak masam atau masin. Terpulang pada citarasa sendiri.
Selamat mencuba resipi kuih Pastil atau Karipap Inti Bihun ini.
Sumber: Facebook Iza Fariza Mohamed
Baca juga: Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba!
Cara pilih buah kelapa sebenarnya tidaklah susah, cuma ada beberapa bahagian yang perlu diperiksa sebelum…
Kalau suka makanan yang ada rasa masam, manis, masin dan pedas dalam satu hidangan, kerabu…
Terung goreng memang antara lauk yang mudah disediakan, tetapi ada satu masalah yang selalu berlaku.…
Kalau sedang mencari cara buat mini brownies yang sesuai untuk hidangan kecil, resipi ini menghasilkan…
Kalau selalu masak sotong kembang tetapi hasilnya keras dan liat, mungkin ada cara penyediaan yang…
Ikan bilis kacang goreng sira sambal antara kudapan yang cukup sinonim dengan kenangan zaman sekolah.…