
Kari pecah minyak adalah antara tanda masakan kari yang menjadi dan nampak lebih menyelerakan. Namun, ramai yang mengadu kuah berubah warna menjadi lebih pucat atau hilang kesan pecah minyak selepas memasukkan santan kotak.
Sebenarnya, masalah ini sering berlaku apabila santan digunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak. Walaupun santan dapat menambahkan rasa lemak dan aroma pada masakan, penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan warna kuah kari menjadi kurang menarik.
Bagi penggemar masakan kari, ada satu petua mudah yang boleh diamalkan supaya kuah tetap cantik, pecah minyak elok dan tidak kehilangan warna merah keemasan yang menyelerakan.
Baca juga: Resipi Kari Ikan Mamak Pekat, Guna Teknik Tumisan Ini Baru Cepat Pecah Minyak & Lebih Wangi!
Kenapa Kari Hilang Pecah Minyak Selepas Letak Santan?

Menurut perkongsian seorang pengguna media sosial bernama Niesa Adlyna, antara punca utama masakan hilang kesan pecah minyak ialah apabila terlalu banyak santan dimasukkan ke dalam kuah.
“Sis, kenapa bila saya letak santan warna kuahnya jadi tak cantik dan hilang terus “pecah minyak” tu. Dia macam ni dik, kalau awak letak sampai 1 kotak santan (200ml) memang kari awak akan jadi kuning dan tak lawa warna dia. Jadi tipsnya letak sikit saja santan tu separuh kotak. Dan pastikan letak santan ketika kuahnya sedang menggelegak. Itu je tips nya dari si penggemar masak kari.”
Berikut merupakan petua guna santan kotak supaya kari pecah minyak:
1. Gunakan separuh kotak santan sahaja
Jika menggunakan santan kotak 200ml, cuba gunakan sekitar separuh kotak terlebih dahulu. Kuantiti ini biasanya sudah cukup untuk memberikan rasa lemak tanpa menjejaskan warna kuah.
2. Masukkan santan ketika kuah sedang menggelegak
Pastikan kuah kari sedang mendidih atau menggelegak sebelum memasukkan santan. Cara ini membantu santan sebati dengan kuah dan menghasilkan tekstur yang lebih cantik.
3. Jangan terlebih santan
Tambah santan secara berperingkat jika perlu. Lebih mudah menambah daripada membetulkan kuah yang sudah terlalu pekat atau terlalu kuning akibat terlebih santan.
Sumbe: Niesa Adlyna
Baca juga: Rahsia Buat Mi Kari Yang ‘Berhantu’ Sedapnya, Kuah Pekat & Bahan-Bahan Meriah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














