Kari ayam tidak asing lagi dalam menu harian orang kita. Tetapi, tahukah anda kari ayam Bangladesh juga turut sama sedapnya kerana kaya dengan rasa rempah ratus.
Persamaan antara kari Bangladesh dan kari India adalah mereka tidak meletakkan sebarang santan dalam sajian tersebut.
Resipi hari ini oleh Encik Mohd Shahir berkongsi cara memasak kari ayam Bangladesh menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Bengkang Roti Gardenia, Cuba Resipi Paling Pantas Ini!
KARI AYAM BANGLADESH
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam dipotong 12
- 2 sudu makan plain yogurt
- Air secukupnya
Bahan kisar:
- 7 ulas bawang kecil
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu teh jintan putih biji/serbuk
- 10 biji cili padi kampung (jika suka pedas, boleh letak 10 biji)
- 1 batang cili merah (pilihan)
Bahan hiris:
- 1 biji bawang besar hiris nipis
- 2 batang kulit kayu manis
- 7 biji pelaga
- 1 sudu makan serbuk cili
- 3 sudu makan serbuk kari daging
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1/3 cawan minyak
- 1 kiub ayam atau serbuk perasa
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Kisar semua bahan kisar dalam blender sehingga halus.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan hiris sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan ayam yang telah dipotong, yogurt, dan kiub ayam atau serbuk perasa. Gaul rata.
5. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
6. Masukkan kentang yang dipotong dadu dan biarkan masak sehingga ayam dan kentang empuk.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Jangan lupa goreng telur dadar dan sambal belacan sekali tau! Selamat mencuba.
Sumber: Mohd Shahir
Baca juga: Tips Buat Telur Separuh Masak Yang Pasti Jadi, 7 Minit Siap!