kari ayam versi nepal

Biasanya kalau kita masak kari ayam, mesti akan guna santan dan daun kari kan? Namun jika mahukan kelainan, boleh cuba resipi kari ayam versi Nepal yang dikongsi oleh Aslyna Nor Hassan ini.

Menurutnya, menu yang juga dikenali sebagai “Kukkra Curry” atau kari ayam ini telah diajar oleh abang iparnya yang berasal dari negara Nepal. Berbeza dengan kari ayam kita, ia tidak menggunakan santan dan daun kari malah digantikan dengan yogurt asli dan daun ketumbar.

Berikut perkongsian resipi tersebut:

“Abang ipar saya orang Nepal. Dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranya. Nama masakan itu Kukkra Curry atau kita paggil kari ayam. Memang sedap, sebab kari diorang ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Kari ni bukan makan dengan nasi je sedap, makan dengan roti arab pun sedap.”

RESIPI KUKKRA CURRY ATAU KARI AYAM VERSI NEPAL

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 biji tomato – potong dadu
  • Ubi kentang – terpulang
  • 1 pokok ketumbar – letak lebih lagi sedap
  • 5 sudu yogurt asli – yang tiada perisa
  • 6 sudu penuh serbuk kari.

Cara-cara memasak:

1. Kisar bahan bertanda (*).

2. Tumis bahan kisar, masukkan tomato, serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.

3. Kemudian masukkan ayam dan kentang serta tuangkan sedikit air.

4. Biarkan mendidih sehingga ayam masak. Kemudian masukkan yogurt.

5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong.

Siap, selamat mencuba!

Kredit: Aslyna Nor Hassan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN