Categories: Resipi

Padu Betul Resipi Kari Ayam India Style Ni, Orang Sebelah Cuit Pun Tak Sedar!

Kari ayam resepi India style ini pasti tidak mengecewakan, terutama bagi peminat rempah ratus. Setiap suapan pasti akan rasa puas!

Resipi ini telah dikongsikan oleh Norizan Namnon di Facebook, dan hasilnya memang mantap. Walaupun tanpa santan, tekstur dan rasa kari ayam ini tetap padu.

Jadi, mari cuba resipi ini dan nikmati sendiri kelazatan kari ayam India ini. Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Masak Kari Ayam Guna Santan Kotak, Dijamin Pecah Minyak Elok!

KARI AYAM RESEPI INDIA STYLE

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (digaul dengan sedikit garam dan kunyit)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 6 biji bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 3 biji tomato (dipotong)
  • 3 biji kentang (dipotong)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji lada besar hijau dan merah (dibelah dua)
  • 3 tangkai cili kering (dihiris dua)
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • 2 senduk rempah kari Babas

Cara Memasak:

1. Tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum.

2. Masukkan kentang, lada besar hijau, cili kering, dan tomato. Kacau sebati.

3. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.

4. Tambahkan rempah kari dan kacau rata.

5. Tuangkan air secukupnya hingga ayam tenggelam.

6. Tambahkan serbuk perasa dan akhir sekali, masukkan lada besar merah.

7. Biarkan masak sehingga ayam dan kentang empuk serta kuah pekat.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Norizan Namnon

Baca juga: Resipi Kari Telur Kentang, Kuah Pekat & Tak Muak. Rasa Memang Mantap!

Nasiha

Recent Posts

Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!

Kek boleh dibuat secara bakar dengan oven atau dikukus, tapi tahukah anda sebenarnya ada cara…

15 hours ago

Resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka, Guna 3 Langkah Je Tapi Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

Kebetulan hari ini dapat banyak ubi kayu daripada jiran yang pemurah, tak fikir panjang terus…

15 hours ago

Terung Tumis Kicap Manis Bersama Tauhu Telur, Licin Pinggan Makan

Resipi terung tumis kicap manis ini sangat sesuai dinikmati dengan nasi panas. Tambahan pula, menu…

15 hours ago

Kuah Singgang Kelantan, Rupanya Ada RAHSIA Supaya Lagi Sedap!

Jika anda teringin menikmati hidangan Kelantan iaitu kuah singgang daging,  berikut adalah resipi yang sangat…

15 hours ago

Jangan Tersalah Beli, Ini Cara Pilih Buah Belimbing Yang Manis & Banyak Air

Buah belimbing merupakan salah satu buah yang mempunyai rasa masam manis dengan tekstur berair yang…

15 hours ago

Cara Buat Kek Coklat Moist Kukus, Makan Banyak Pun Tak Rasa Muak

Jika anda peminat kek yang lembut dan tidak muak, resepi kek coklat kukus ini pasti…

16 hours ago