kutip makanan

Perilaku anak mencerminkan didikan ibu bapa, seperti yang dikongsikan seorang wanita yang kagum melihat anak-anaknya membantu seorang pak cik yang kutip makanan bersisa di kedai makan.

Walaupun usia mereka masih muda, namun tindakan kedua-dua kanak-kanak ini cukup matang dan momen itu membuatkan ramai tersentuh serta sebak melihatnya.

Baca juga: Pelanggan Marah Lelaki Jual Popia Sebab Panggil ‘Mak Cik’, Ini Respon Netizen

LIHAT PAK CIK KUTIP SISA MAKANAN, KANAK-KANAK NEKAD BELANJA MAKAN

@ijahahmad90Pakcik ni kutip makanan leftover atas meja. Tak sampai hati kami tgk😫 Sulung i cepat2 hungga g beli🩷😘 Good boy syg😘♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

Melalui video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ijahahmad90 baru-baru ini, dapat dilihat seorang pak cik sedang kutip makanan yang ditinggalkan di atas meja di sebuah kedai makan.

Dua orang kanak-kanak di dalam video itu bukan saja memandang dengan rasa simpati, malah terus menggunakan duit belanja mereka sendiri dan membelikan makanan untuk pak cik tersebut.

Apa yang paling menyentuh hati, dua orang kanak-kanak itu menyerahkan makanan dengan senyuman tanpa rasa riak atau ingin dipuji.

Ramai memuji tindakan dua kanak-kanak ini sebagai cerminan didikan ibu bapa yang baik. Rata-rata, pengguna media sosial turut meluahkan rasa kagum melihat momen tersebut.

ANTARA KOMEN ORANG RAMAI, SEMUA KAGUM MELIHATNYA

“Terima kasih ajar anak dari kecil untuk buat baik pada orang lain.”

kutip makanan

“Terima kasih dik jadi orang baik.”

kutip makanan

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.”

kutip makanan

“Tahniah sis sebab ada anak yang sangat prihatin.”

“Tengok macam ni pun sebak sis.”

Jika kanak-kanak pun boleh membantu orang lain tanpa berkira, apatah lagi kita yang dewasa. Semoga lebih ramai tampil membantu bukan kerana dipaksa, tetapi kerana rasa kemanusiaan yang tulus.

Tindakan dua orang kanak-kanak ini membuktikan bahawa dunia masih belum hilang nilai kasih sayang. Moga kita semua belajar untuk menjadi orang baik seperti kanak-kanak ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ijahahmad90

Baca juga: Wanita Kena ‘Ketuk’ Harga Sampai RM35 Ketika Beli Buah Potong, Rupanya Ditimbang Sekali Dengan Plastik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN