Kafe Kucing Yang Comel Di Kuala Lumpur & Selangor, Peminat Si Bulus Wajib Pergi!

Pencinta kucing, sudah tiba masanya untuk pergi ke kafe kucing yang kami senaraikan di bawah!

Kafe kucing sebenarnya direka untuk menyatukan pencinta kucing dengan haiwan kesayangan mereka. Di KL dan Selangor, anda akan terkejut apabila mendapati beberapa kafe kucing yang bukan sahaja menyajikan makanan dan minuman yang lazat tetapi menawarkan pengalaman yang unik bersama kucing comel di kedai mereka. Best kan? Jom kita tengok 5 kafe kucing yang comel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

1. Purradise Cat Café

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Kafe ini terletak di tingkat atas di Taman Tun Dr Ismail, Purradise Cat Café ialah rumah kepada 18 kucing ‘adoption’, setiap kucing dikatakan mempunyai ciri dan personaliti mereka tersendiri. Walaubagaimana pun, sebelum anda masuk ke kafe ini, anda perlu membayar RM18 untuk sejam, dan RM49 untuk akses kucing sehari penuh.  Apa yang best dekat sini iaalah smoothie mereka iaitu Kitty on a Tree (Pisang, Susu, Oat & Madu) dan Purr by the Beach (Nanas, Mangga & Madu). Kucing-kucing di sini juga amatlah peramah dan manja.

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Alamat: 24A (Tingkat Pertama), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Masa Beroperasi: 2:00 PM – 9:00 PM (Isnin – Jumaat), 2:00 PM – 10:00 PM (Sabtu)

Pembayaran Masuk: RM18 Sejam (Termaruk air), RM48 Satu Hari (Termasuk air)

2. Good Meowning Café

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Good Meowning Café diasaskan oleh Nor Aziyah yang juga seorang pecinta kucing. Menurutnya, ini adalah caranya mewujudkan kebajikan untuk kucing. Kafe ini dibuka pada 2016 dan telah pun mempunyai 35 kucing daripada 16 spesies berbeza, beberapa daripadanya susah nak jumpa kat Malaysia tau. Antaranya adalah Munchkin, Siamese, Cornish Rex, Oriental, Abyssinian dan Sphynx Cats. Selain itu, kafe ini juga ada menyajikan masakan tempatan. Antara menu yang paling diggemari ramai adalah Nasi Goreng Sambal Hitam sebab rasa pedas yang rasa ala-ala makanan Pahang.

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Alamat: 1, Jalan Suasana 2/7a, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Masa Beroperasi: 10:00 AM – 9:00 PM (Selasa – Jumaat), 10:00 AM – 10:00 PM (Sabtu – Ahad),

Pembayaran Masuk: RM 7 untuk 30 Minit

3. Seri Talam Cat Café

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Kafe ini terdapat dua bahagian: galeri kucing dan pusat penjagaan kucing. Ia juga menempatkan kira-kira 120 ekor kucing yang diselamatkan, termasuk Kucing Hutan Norway. Di sebelahnya, anda boleh makan di kafe mereka, mereka manwarkan hidangan Melayu tempatan seperti Mee Jawa, Mee Sup Ayam, Laksa Johor ,Murtabak, Lontong, Soto dan Lempeng.

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Alamat: No. 13, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masa Beroperasi: 7:30 AM – 6:30 PM (Setiap Hari)

Pembayaran Masuk:  RM10 Untuk Sejam

4. Coo & Riku

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Terletak di Pusat Bandar LaLaport Bukit Bintang, Coo & Riku membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada 20 Februari 2022. Coo & Riku adalah sebuah kedai haiwan peliharaan terbesar di Jepun.

Bukan itu sahaja, kafe ini mempunyai 50 baka kucing yang comel untuk anda main. Haa yang paling best, anda boleh bawak kucing anda sendiri ke kafe ini tau!

Kafe Kucing Yang Comel di Kuala Lumpur dan Selangor untuk Dilawati

Alamat: Lot L4-05 & 06, Level 4, Mitsui Shopping Park Lalaport Bukit Bintang City Centre, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Masa Beroperasi: 10.00 AM – 10.30 PM (Setiap Hari)

Haa menarik kan kafe-kafe kat atas? Kalau anda nak rasa kelainan makan sambil main dengan kucing, anda wajib try kafe-kafe ni!

Sumber: Lokal.com

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN