bazar ramadan khairul aming

Nama Khairul Aming (KA) sememangnya tidak asing lagi dalam dunia masakan dan media sosial tanah air. Sempena Ramadan tahun ini, beliau tampil lebih gah dengan memperkenalkan Bazar Ramadan Khairul Aming yang bertempat di restoran miliknya, Rembayung.

Baca juga: Rembayung Khairul Aming Raih Pujian Pengunjung Di Hari Pertama, Ada Menu Dapat Rating 10/10!

KA Lancar Segmen Istimewa Di Rembayung, ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’

bazar ramadan khairul aming

Menerusi perkongsian video di TikTok, KA mengumumkan pelancaran segmen khas istimewa di Rembayung sempena bulan mulia ini, iaitu ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @khairulaming di TikTok, antara tarikan utama yang boleh dinantikan ialah sesi Live Room terbesar di Malaysia.

Bukan calang-calang, sesi live tersebut turut menampilkan pengacara jemputan khas, termasuk pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak, bersama 10 orang hos sampingan lain bagi memeriahkan suasana.

Selain pengumuman studio tersebut, KA turut memperkenalkan:

  • Set Kombo Sahur: Produk istimewa untuk memudahkan urusan sahur peminatnya.
  • Sampul Raya KA Edisi 2026: Koleksi terhad buat pengumpul tegar sampul raya.
  • Hadiah Istimewa: Makan Percuma Untuk 80 Orang

Sebagai tanda penghargaan buat pengikut yang tidak henti-henti menyokong perniagaannya, Khairul Aming bermurah hati menawarkan makan percuma (free dining) buat 80 orang pemenang di Rembayung!

Paling syok, pemenang yang terpilih nanti diberi kebebasan untuk memilih sendiri tarikh dan masa untuk mereka datang menjamu selera. Memang betul-betul menghargai pelanggan!

“Selepas dua bulan merancang, hari ini kita transform Rembayung menjadi Live Room terbesar di Malaysia… dengan bantuan co-host termasuk Zizan Razak, hari ini kita akan live untuk anda semua,” jelasnya.

Misi ’30 Hari 30 Resepi’ Tetap On!

Walaupun jadualnya padat dengan pengurusan kilang, operasi restoran dan projek terbaharu ini, KA memberi jaminan bahawa konten ikonik ’30 Hari 30 Resepi’ tetap akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk terbaharu atau mencuba nasib untuk makan percuma, jangan lupa saksikan sesi siaran langsung KA di TikTok yang bermula tengah hari ini!

@khairulaming

Selepas 2 bulan planning, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia. Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, hari ni kita akan live di rembayung untuk anda semua.

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Sumber: Khairul Aming

Baca juga: Khairul Aming Umum Rembayung Dibuka Sampai Waktu Moreh, Perkenal Hidangan Baharu Ramadan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN