Kalau korang teringin nak makan manis-manis dan nak buat pencuci mulut yang sangat mudah dan menjimatkan masa, korang boleh cuba pisang salai sos kastard. Resepi ini sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
PISANG SALAI SOS KASTARD
Kalau korang teringin nak makan manis-manis dan nak buat pencuci mulut yang sangat mudah dan menjimatkan masa, korang boleh cuba pisang salai sos kastard. Resepi ini sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin di Facebook.
BAHAN-BAHAN
Pisang berangan
Susu cair
Susu pekat
Tepung kastard
Kismis
Marjerin
Kredit: Yuni Kamaruddin
CARA PENYEDIAAN
Pisang dibelah dua dan dibakar atas pan dengan marjerin.
Goreng sehingga sedikit keperangan. Kemudian susun pisang yang sudah siap dibakar dalam pinggan dan letak dalam peti ais.
- Cara masak sos kastard pula. Campurkan 1/2 susu cair, 3 sudu susu pekat jika nak manis boleh tambah lagi susu pekat dan tepung kastard 2 sudu dan sedikit air. Kacau rata dulu baru buka api perlahan. Jangan bagi pekat. Sejukkan dalam peti ais. Lagi sedap kalau letak daun pandan.
Nak makan baru curahkan sos kastard atas pisang tadi. Siap dan boleh dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.