Sekiranya anda dari Pantai Timur sudah pasti menu ini menjadi makanan kegemaran semua. Kini, buat anda yang menetap di luar kawasan Pantai Timur juga boleh mencubanya sendiri di rumah dengan resepi turun-temurun yang mudah ini. Boleh dijadikan hidangan untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Jom cuba resepi Mi Calong yang dikongsikan oleh Aziah Abu Hanifah di Facebook.
najahnurul
Nusantara
Medium

3 Ulas bawang putih
5 Ulas bawang merah
Bebola ikan yang dibuat sendiri
Keropok keping
Sebungkus mee lidi
Sawi
Ikan selayang
1 sudu lada hitam
Kicap
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Ambil isi ikan selayang. Buang tulang.
Kisar isi ikan selayang hingga lumat.
Bentukkan isi ikan tadi menjadi bebola kecil.
Rebus bebola ikan dalam air mendidih.
Apabila bebola ikan timbul angkat dan toskan.
Kisar hingga lumat bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan air separuh periuk. Ini untuk kuah supnya. Jadi terpulang banyak mana ikut suka.
Masukkan satu senduk kicap. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan mi lidi dan keropok keping yang telah dipatahkan. Biarkan sehingga mendidih. Apabila mi lidi telah lembut perasakan dengan garam.
Masukkan bebola ikan yang dibuat tadi. Biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan sawi. Kacau rata dan siap.
Siap untuk dimakan. Pasti puas hati.
Tiada
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…