Categories: Infomasi

Jom Cuba Resepi Kimchi Homemade Yang Mampu Memikat Hati Si Penggemar Sayur

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-01 02:41:02

Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah. Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Jadi, kepada sesiapa yang minat makan sayur dan inginkan sesuatu yang lain bolehlah cuba resepi Kimchi yang dikongsikan oleh Maria Achak di kumpulan Dapur Chef Wan Dapur Berasap di Facebook.

 

 

Kredit : Maria Achak

 

Bahan-bahan:

  • Kubis putih
  • Lobak Merah
  • Lobak Putih
  • Daun Bawang
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Sos Ikan
  • Gula
  • Gochugaru Fine powder/ Flakes powder

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Cara-cara penyediaan:

 

  1. Potong kubis memanjang. Setiap helaian sapu garam. Rendam dalam air garam. Biarkan selama 2 jam atau lebih. Kalau tengok dah layu tu boleh dah cuci bersih dan potong. Jangan potong halus. Biar sederhana besar.
  2. Sambil tunggu 2 jam, boleh sediakan bahan lain. Potong lobak dan daun bawang memanjang sederhana. Tak halus dan tak kasar sangat. Sedang sedang.
  3. Halia, bawang putih dan sos ikan kisarkan sekali. Sos ikan letak dalam setengah mangkuk kecil.
  4. Terakhir sekali, gaul semua bahan sehingga sebati. Guna sarung tangan sebab fine powder yang digunakan itu pedas. Kena rasa juga. Jangan main gaul tapi tak rasa. Kimchi sepatutnya ada rasa masin manis dan pedas. Okay dah siap! Boleh letak dalam bekas.

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Selamat Mencuba

Kredit : Maria Achak

myresipi

Recent Posts

Resipi Ayam Pedas Manis, Hidangan Beraroma Masam Manis Yang Wajib Cuba!

Ayam pedas manis adalah satu lagi resipi kreatif yang sesuai untuk mereka yang ingin mencuba…

4 mins ago

Cara Buat Puding Mangga Yang Lembut, Puas Hati Tengok Buah Penuh!

Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…

3 days ago

Peniaga Ini Dedah Rahsia Buat Burger Jadi Sedap, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Lain Macam!

Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…

3 days ago

Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!

Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…

3 days ago

Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!

Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…

3 days ago

Resipi Roti Goreng Keju Bersama Hirisan Ayam, Snek Rangup Untuk Si Kecil

Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…

3 days ago