PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-30 15:53:31
Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam Al-Quran, majlis kesyukuran dan sebagainya. Cara memasaknya juga sangat mudah. Jadi mari kita cuba resepi Pulut Kuning Kelantan yang dikongsikan oleh Ismi Aishah di kumpulan Resepi Masakan Ringkas. Menurutnya, rahsia untuk menjadikan pulut itu sedap adalah dengan menggunakan sudip kayu untuk arung pulut. Nak tahu betul ke tak? Jom kita cuba!
Kredit: Ismi Aishah
Bahan-bahan:
Kredit: Ismi Aishah
Cara-cara:
1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana). Kemudian masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip sampai rata.
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5) Boleh lah masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.
Kredit: Ismi Aishah
Kredit: Ismi Aishah
Selamat Mencuba
Kredit: Ismi Aishah
Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…