Seperti yang kita tahu, rahsia kesedapan ayam percik adalah terletak pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang atau grill. Malah ada juga yang lebih suka dengan cara menggoreng. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.
Walaupun begitu, bahan asasnya adalah lebih kurang sama dan anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing. Jadi mari kita cuba Resepi Ayam Percik Paling Simple & Sedap yang dikongsikan oleh Puan Juliana Jue di kumpulan Resepi Masakan Ringkas di Facebook.
MyResipi
Resepi Tradisional
Medium

Bahan Perapan:
Bahan Untuk Kuah:
Pertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.
Kelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.
Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda.
Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.
Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.
Selepas ayam agak-agak kecut sedikit atau separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.
Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.
Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.
Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…