PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-09 02:33:51

Biasanya kalau ke kedai Thailand, sajian Ayam Pandan ni memang antara menu popular yang biasa dipesan. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu yang menu ini sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahannya juga ringkas dan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Bila goreng, harum wangi semerbak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Resepi Ringkas Dan Mudah di laman Facebooknya. Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Ringkas Dan Mudah

 

Bahan-bahan:

  • 1/3 ekor ayam atau 400gram ayam
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang
  • Setengah labu bawang putih
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 batang serai
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit air
  • Beberapa helai daun pandan
  • Pencungkil gigi

             Kredit: Resepi Ringkas Dan Mudah

 

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam.
  2. Perap ayam dengan bahan-bahan tadi. Paling kurang sejam. Lagi lama lagi bagus.
  3. Sebelum goreng. Balut ayam dengan daun pandan  
  4. Cucuk dengan mencungkil gigi. Elak daun pandan tercabut. Goreng macam biasa. Siap.

Kredit: Resepi Ringkas Dan Mudah

 

Kredit: Resepi Ringkas Dan Mudah

 

Selamat Mencuba

Kredit: Resepi Ringkas Dan Mudah

 

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN