baked potato skin

Ada kentang banyak tak tahu nak masak apa? Jom cuba buat Baked Potato Skin yang merupakan inspirasi dari resipi ‘mat saleh’ ini.

Sesuai dijadikan menu sarapan ataupun sebagai bekal anak-anak ke sekolah. Caranya juga sangat mudah dan tidak rumit.

Kalau nak mudah, boleh buat banyak siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara kemudian tinggal bakar dalam air fryer saja.

RESIPI BAKED POTATO SKIN

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang saiz besar (russet potato)
  • 200g sosej/isi ayam/daging panggang dicincang
  • 4 sdm cream of mushroom soup/sos carbonara
  • 1 cawan parutan keju chedder untuk ditabur
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bersihkan kentang dengan berus di bawah aliran air, kemudian keringkan dengan tuala dan cucuk-cucuk dengan pisau/garfu pada kulit kentang.
  2. Lumurkan sedikit garam dan minyak, bakar dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 45 minit. Jika rebus tak perlu lumurkan minyak dan garam. Rebus selama 45 minit juga.
  3. Setelah kentang sejuk, potong separuh dan ceduk keluar isinya sehingga menjadi seperti sampan, tinggalkan setebal 1/4 isi kentang, ketepikan isi kentang.
  4. Untuk inti, di dalam mangkuk yang sesuai, lecek isi ubi kentang hingga halus. Tambahkan sup cendawan/sos carbonara, cendawan cincang, sosej/isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  5. Masukkan inti ke dalam setiap sampan/kulit kentang. Jika ada lebihan sosej/inti ayam taburkan ke atas kentang. Akhir sekali taburkan parutan keju cheddar.
  6. Panaskan AF pada suhu 170℃ dan bakar selama 5-6 minit sahaja atau hingga keju cair keperangan. Hidangkan bersama sour cream.

Tips: Russet potato lembut sikit dari kentang biasa. Jadi masa memasak lebih singkat dari guna kentang biasa. Boleh olah inti ikut selera memasing. Jika nk buat bekal anak-anak, simpan dalam bekas kedap udara & frozenkan. Bangun pagi, masul saja dalam air fryer.

Kredit resipi: Keroroyz Royz

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN