Categories: Informasi

Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan

Resipi bebola cheese ini merupakan hasil perkongsian oleh Ieda Jahaya. Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi ini versi jimat!

Bahan utamanya cuma biskut marie, coklat masakan dan cream cheese. Cara membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu kisar, gaul dan sejukkan tanpa bakar.

Nak cuba? Lihat cara membuatnya di bawah.

CARA BUAT BEBOLA CHEESE GUNA BISKUT MARIE

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut marie (perisa coklat atau asli)
  • 250g cheese tatura
  • Gula ising (letak jika nak lebih manis)
  • Coklat masakan
  • Badam (panggang sekejap)

Cara-cara:

1. Kisar halus biskut marie.

2. Gaul bersama cheese tatura sehingga rata.

3. Kemudian bulat-bulatkan.

4. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil.

5. Golek-golekkan bebola dalam coklat yang sudah dicairkan. Taburkan juga badam panggang.

6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Kredit: Iedaa Jahaya

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuetiau Kantonis, Rasa Kuah Yang Pekat & Beraroma Jadi Lebih Puas Makan!

Kalau teringin kuey teow kantonis yang kuahnya pekat, beraroma dan menyerap elok pada kuey teow,…

4 hours ago

Dessert Cecah RM35? Netizen Terkejut Tengok Senarai Harga Makanan Di F1 Malaysia, Ini 11 Vendor Ada!

Acara F1 Malaysia bukan sahaja dinanti kerana aksi sengit di litar, malah pilihan makanan dan…

7 hours ago

Japchae Pun Boleh Jadi Menu ‘Fancy’! Tambah Chili Crisp Terus Lagi Pedas, Sedap & Wangi

Resepi japchae ini sesuai untuk mereka yang mahu menyediakan hidangan ringkas tetapi tetap nampak istimewa.…

7 hours ago

Resipi Tauhu Sumbat Goreng Rangup, Letak Inti Sayur Penuh Macam Ini Memang Puas Hati!

Tauhu sumbat goreng memang antara kudapan yang susah nak ditolak, lebih-lebih lagi kalau dimakan panas-panas.…

7 hours ago

Resipi Iced Spanish Latte Guna Serbuk Kopi Segera, Hasilnya Creamy Macam Minum Dekat Kafe!

Sempena Hari Kopi Sedunia, anda tak perlu ada mesin kopi untuk buat air Iced Spanish…

10 hours ago

Ikan Masak Kari Tanpa Serbuk Kari? Rahsianya Ganti Dengan Bahan ‘Ini’ Sebagai Rempah

Kalau selalu masak kari menggunakan serbuk kari, kali ini boleh cuba ikan masak kari yang…

10 hours ago