Categories: Informasi

Bukan Daging Tapi Kulit Ayam 10kg Nak Dibeli Demi Isi Perut Anak-Anak… Kisah Ayah Ini Buat Ramai Nangis

Harga kulit ayam yang dijual pada harga RM3 sekilogram membuatkan seorang lelaki mengambil keputusan membeli sehingga 10 kilogram untuk dibawa pulang. Namun, meskipun jumlah belian banyak, dia masih meminta potongan harga sebanyak RM10.

Pada mulanya, permintaan tersebut mungkin kelihatan seperti pelanggan mahu berjimat sebanyak mungkin ketika membeli dalam kuantiti yang banyak. Namun, selepas berbual dengannya, barulah diketahui sebab sebenar lelaki berkenaan begitu berharap untuk mendapatkan sedikit diskaun.

Baca juga: Ramai Susah Dapat Slot, Khairul Aming Umum Rembayung Kini Uji Sistem Tempahan Baru Untuk Atasi ‘Scalper’

Harga Kulit Ayam Cuma RM3 Sekilo, Tapi Lelaki Ini Minta Masih Minta Diskaun

Kisah tersebut dikongsikan oleh Kak One dari Pusat Jualan Kilang Ayam Bismi selepas didatangi seorang pelanggan yang mahu membeli kulit ayam dalam jumlah yang banyak.

Melihat jumlah pembelian yang agak banyak, Kak One sempat bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada kulit ayam tersebut mahu digunakan untuk berniaga.

“Encik ni berniaga ayam goreng ka? Ambil banyak ni.”

Tidak sangka, lelaki itu menjawab bahawa kesemua kulit ayam tersebut sebenarnya mahu dibawa pulang untuk dimasak buat keluarganya.

“Tak. Saya nak buat lauk kat rumah. Anak-anak suka ayam. Nak beli ayam seekor-sekor tu tinggi juga modal.”

Menurut lelaki tersebut, kulit ayam yang dijual di situ masih mempunyai sedikit isi, jadi rasanya sama macam makan ayam. Ia juga boleh dimasak sebagai lauk harian untuk anak-anaknya.

Wajahnya Terus Ceria Selepas Dapat Diskaun RM10

Kak One yang melihat wajah pelanggan itu dikatakan dapat merasakan lelaki tersebut benar-benar berharap untuk mendapatkan sedikit pengurangan harga. Akhirnya, Kak One bersetuju memberikan diskaun sebanyak RM10.

Wajah lelaki itu terus berubah ceria selepas menerima potongan tersebut. Tidak lama kemudian, dia memanggil anak-anaknya yang berada di dalam kereta untuk turun.

Salah seorang anaknya merupakan individu dengan sindrom down, manakala seorang lagi masih kecil. Kak One kemudiannya terdengar lelaki tersebut memberitahu anak-anaknya,

“Ayah beli banyak hari ni. Boleh kita goreng tepung dan buat masak kicap satgi.”

Perkara itu membuatkan Kak One tersentuh kerana baru memahami sebab sebenar pelanggan tersebut begitu bersungguh-sungguh meminta diskaun.

Bukan kerana mahu mendapatkan harga paling murah semata-mata, tetapi dia sedang cuba mencari pilihan yang mampu dibeli supaya anak-anaknya tetap dapat menikmati lauk yang mereka gemari.

Dalam perkongsiannya, Kak One turut menyentuh tentang bagaimana kita kadangkala mudah membuat andaian apabila melihat seseorang terlalu berkira tentang harga.

Sedangkan, di sebalik RM10 yang cuba dijimatkan itu mungkin ada banyak lagi keperluan keluarga yang perlu difikirkan. Mungkin perlu membeli beras, telur, minyak masak atau barangan keperluan anak-anak.

“Kita tak tahu apa yang sedang dia kira sebenarnya. Bukan sekadar harga ayam, tetapi cukup tak duit yang ada untuk keperluan keluarganya yang lain,” tulis Kak One dalam perkongsian tersebut.

Harga Kulit Ayam Sudah Murah, Tapi RM10 Itu Mungkin Untuk Keperluan Lain

Sebab itu, Kak One memilih untuk tidak bertanya lebih lanjut dan sebaliknya membantu sekadar yang termampu. Diskaun RM10 yang diberikan itu juga dianggapnya sebagai belanja lauk untuk anak-anak pelanggan tersebut.

Walaupun jumlahnya tidak besar, kegembiraan yang terpancar pada wajah seorang ayah itu cukup membuatkan pemberian kecil tersebut terasa bermakna.

Tak Semua Yang Cari Harga Murah Itu Kedekut

Kisah ini juga mengingatkan bahawa tidak semua orang yang mencari harga murah melakukannya kerana berkira atau kedekut.

Ada yang benar-benar perlu berjimat kerana mahu memastikan wang yang ada dapat mencukupi keperluan keluarga.

Dalam keadaan serba berjimat sekalipun, lelaki tersebut tetap mengambil berat tentang makanan yang dibawa pulang untuk anak-anaknya dan memilih produk yang diyakininya halal.

“Murah bukan bermakna mengabaikan halal. Berjimat bukan bermakna mengetepikan prinsip,” kata Kak One.

Bagi Kak One, pemberian RM10 itu mungkin kecil jika dibandingkan dengan cabaran yang sedang dipikul keluarga berkenaan.

Namun, dia berharap sedikit bantuan tersebut dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak yang menanti lauk untuk dimakan bersama.

Kerana pada hari itu, lelaki tersebut bukan sekadar membawa pulang 10 kilogram kulit ayam. Dia membawa pulang lauk yang mampu menggembirakan anak-anaknya.

Sumber: Wan Fazlina Wan Fhuad

Baca juga: “Terbaik!”- Wanita Ini Dipuji Ramai, Bukan Sekadar Masak Bekal Untuk Suami Tapi 3 Rakan Sekerjanya Sekali

Wan N

Recent Posts

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

6 minutes ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

2 hours ago

Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!

Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…

3 hours ago

Sambal Berlada Telur Rebus Bilis Kentang, Lauk Ringkas Tapi Nasi Tambah 3 Kali!

Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…

3 hours ago

JUICE Best Of 2026 Kembali, Kini Orang Ramai Boleh Undi Artis, DJ Dan Jenama Fesyen Pilihan!

Siapa agaknya nama yang paling menyerlah dalam dunia hiburan dan budaya pop tempatan sepanjang tahun…

3 hours ago

Resipi Sambal Tumis Udang Simple, Rahsia Isi Kekal Juicy & Kuah Pekat Bersalut Elok!

Resipi sambal udang simple ini sesuai dijadikan pilihan kalau buntu memikirkan menu lauk untuk makan…

3 hours ago