Jeruk Mangga Asam Boi antara jajan (snek) yang amakt sinonim dengan rakyat Malaysia. Rasanya yang pelbagai seperti masamnya, pedasnya, manisnya membuatkan ia sangat digemari. Jadi tak pelik pun snek ini dijual di gerai-gerai atau di lampu trafik.
Nak membuatnya pun sangat mudah, lebih jimat dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak. Boleh adjust rasanya ikut selera maing-masing. Berbaloi sungguh makan hasil air tangan sendiri sambil menonton TV.
Artikel berkaitan: Resepi Mangga Milk Cheese, Pencuci Mulut Yang Kini Viral Di Indonesia!
Jom kita tengok resipi dari perkongsian Sham Sabri ini yang menghasilkan Jeruk Mangga Asam Boi yang sedap. Tengok gambarnya saja dah buat min terliur.
Resipi Jeruk Mangga Asam Boi
Bahan-bahan:
- 2 biji mangga
- 5-6 biji cili api – boleh kurang/tambah
- 3-4 sudu besar gula pasir
- 5 biji asam boi
- 1/4 cawan aiskrim soda
Cara menyediakannya:
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan
2. Masukkan ke dalam balang
3. Campurkan semua bahan-bahan lain iaitu gula, cili api, asam boi dan aiskrim soda.
4. Simpan dalam peti ais semalaman bagi pemprosesan jeruk berjalan. Lepastu siap dan boleh dimakan.
Selamat mencuba.