Categories: Resipi

Jeruk Pedas Ini Buat Kecur Air Liur, Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis!

Biasa kita buat jeruk asam boi je bila dapat pelam muda dan kedondong, kan? Kali ini, jom cuba resipi jeruk buah pedas pula! ‘Hantu’ jeruk pasti suka, sebab rasanya memang padu. Cukup pedas, masam dan manis.

Sebekas pun boleh habis seorang diri! Resipi ini kalau di Pantai Timur memang terkenal dengan jeruk buah sto, tapi boleh juga guna buah lain seperti cermai, starfruit, celagi, kelubi atau salak. Kalau guna nanas pun sedap!

Baca juga: Cara Buat Jeruk Pauh Yang Rangup Kruk Krak, Sekali Makan Jadi Ketagih!

RESEPI JERUK BUAH PEDAS

Bahan-bahan jeruk pedas:

  • 50 biji pelam muda
  • 50 biji kedondong
  • Garam kasar secukupnya
  • 2 keping gula nise
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 10 tangkai lada kering
  • 1 inci belacan
  • 2 cawan air

Cara-cara:

  1. Buang kulit pelam dan cuci bersih. Rendam pelam dengan garam kasar selama sejam atau lebih.
  2. Buang kulit kedondong dan rendam dengan garam kasar selama sejam atau lebih.
  3. Untuk kuah jeruk, rebus lada kering sekejap, kemudian kisar halus.
  4. Rebus semua bahan kuah (lada kering, gula nise, gula pasir, garam halus, belacan dan air). Biarkan mendidih sehingga sedikit pekat.
  5. Setelah kuah pekat, biarkan sejuk.
  6. Masukkan pelam dan kedondong ke dalam bekas, kemudian tuangkan kuah yang telah sejuk ke atasnya.
  7. Simpan dalam peti sejuk. Esok sudah boleh makan. Lagi lama simpan, lagi sedap rasanya!
  8. Kuah jeruk tu boleh hirup sejuk-sejuk. Rasa pedas, masam dan manis, memang sedap!

Kredit: Mizah Ngatiman

Baca juga: Cara Buat Cili Jeruk Tanpa Masak, Hanya Potong & Gaul Saja Terus Siap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Roti Poket Doraemon, Kulit Rangup Di Luar Dengan Inti Ayam & Sosej Yang Penuh!

Roti poket Doraemon ini menggunakan roti biasa yang dileperkan sebelum diisi dengan inti ayam kisar…

53 mins ago

Baru Tahu Resipi Sambal Jawa Ini Boleh Guna Udang Segar Ganti Udang Kering, Menarik!

Sambal jawa resepi ini menggabungkan pelbagai bahan seperti tempe, tauhu, kentang dan sayur-sayuran dalam satu…

1 hour ago

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

15 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

18 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

18 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

19 hours ago