jenis udang

Setiap kali dapat hidangan udang di depan mata, pasti ramai takkan menolaknya. Ramai yang pandai makan saja tapi tak tahu tentang jenis udang yang ada.

Oleh itu, kami kongsikan jenis udang yang orang Malaysia sering guna dalam masakan. Ternyata setiap jenis ada keistimewaan tersendiri. Jom kita tengok!

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran

JENIS UDANG YANG SERING DIGUNAKAN DI MALAYSIA

  • Udang Minyak

jenis udang

Udang Minyak merupakan sejenis udang laut yang banyak dijual di pasaran. Warnanya kelabu dan sedikit kekuningan.

Saiznya yang kecil menjadikan ia sesuai dimasak ringkas seperti sayuran, sup, tomyam dan cucur atau menjadi sampingan dalam nasi goreng, mee dan bihun.

  • Udang Harimau

jenis udang

Udang Harimau merupakan sejenis udang air payau atau laut yang sesuai diternak di kolam kerana kadar tumbesaran cepat. Warnanya merah, hitam dan putih berbelang-belang.

Oleh kerana saiznya yang sederhana besar, ia menjadi pilihan ramai dalam masak lemak, kari, goreng kunyit dan sambal.

  • Udang Galah

jenis udang

Pemancing udang mesti cukup kenal dengan Udang Galah yang hidup di muara laut dan sungai. Ia mempunyai warna kulit kebiruan dengan kepala yang besar.

Saiznya agak besar dan isinya lebih manis berbanding udang lain, jadi ramai yang gunakannya untuk masak diraja dan masak lemak cili api.

  • Udang Lipan

Udang Lipan juga dikenali sebagai udang mentadak atau udang ronggeng yang hidup di laut. Apa yang jadikannya unik adalah matanya boleh berputar 360 darjah.

Ia boleh didapati dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang.

Saiznya lebih kurang sama seperti Udang Harimau, tapi ramai yang gunakannya untuk masak kam heong, masak cili dan butter.

  • Udang Karang

Jika menyebut tentang lobster yang besar, sebenarnya anda sedang bercerita tentang Udang Karang. Biasanya ia hidup di perairan kawasan air tawar dan tebing sungai.

Ia mempunyai warna yang berbeza, ada yang warnanya hitam, coklat kemerahan, hijau dan lain-lain lagi.

Saiznya sangat besar sehingga boleh capai berat dua kilogram seekor, hanya boleh dijumpai di restoran mewah dan hotel 5 bintang dengan masak stim dan bakar.

  • Udang Ketak

Udang ketak atau udang lubuk ialah sejenis udang air masin yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ia semakin jarang didapati kecuali di sekitar Sabah.

Bentuk udang ini agak leper dan seakan-akan Udang Lipan, cuma saiznya lebih besar serta warnanya keperangan dan jernih.

Ia sangat sesuai dibuat untuk masak merah, kari dan telur masin, tapi paling sedap adalah rebus dan goreng.

  • Udang Kara

jenis udang

Orang Malaysia memanggilnya lobster air tawar kecil kerana bentuknya seperti lobster namun bersaiz kecil dengan kepala yang besar dan badan yang kecil.

Biasanya Udang Kara ini berwarna coklat gelap dengan warna putih melintang pada setiap ruas badannya dan sering dihidangkan di restoran mewah.

Isinya lebih kental dan manis, jadi ia sesuai dibuat masak lemak, goreng berempah, goreng kunyit, buttermilk dan sebagainya.

  • Udang Geragau

Udang Geragau merupakan sejenis udang yang hidup secara berkumpulan di laut dan sering dijumpai di pinggir pantai.

Apa yang menjadikan Udang Geragau ini unik adalah rupanya yang kecil, halus dan berwarna keputihan yang datang secara bermusim di pantai-pantai tertentu.

Ia sangat sesuai dijadikan sebagai bahan utama untuk membuat cencalok dan belacan. Ada juga yang buat sambal udang dengannya.

  • Udang Rotan

Udang Rotan juga dipanggil sebagai udang bemban yang merupakan sejenis udang laut. Ia sangat mudah dikenali kerana memiliki rupa yang berbelang-belang.

Oleh kerana kulitnya agak keras berbanding udang yang lain, Udang Rotan ini lebih sedap dibakar dan digoreng. Isinya sangat sedap dimakan begitu sahaja selepas dibakar.

  • Udang Kertas

Udang Kertas atau dikenali juga sebagai udang merah ros, banyak terdapat di kawasan tepi pantai dan laut yang tak dalam.

Ia mempunyai pelbagai saiz dan lebih kurang sama seperti Udang Minyak. Warnanya agak oren dan sedikit merah pada badannya.

Udang ini juga selalu digunakan untuk hidangan ringkas seperti goreng, singgang, sup dan sayur.

Jika ke pasar lagi selepas ini, anda sudah kenal jenis udang yang sesuai dengan masakan yang anda mahu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: UtusanTV

Baca juga: Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN