jenis teh

Mungkin ramai yang suka minum air teh, namun tak ramai yang tahu sebenarnya ada banyak jenis teh herba dan khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan.

Berbeza dengan teh biasa seperti teh kuning, teh hijau, atau teh hitam yang sering kita jadikan minuman petang, teh herba ini jauh lebih baik.

Persoalannya, apakah jenis-jenis teh herba yang dipercayai bagus untuk kesihatan kita semua? Jom baca artikel ini ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: Jenis Buah Yang Rendah Kalori, Sangat Sesuai Untuk Diet

JENIS TEH HERBA DAN KHASIATNYA

Sebenarnya, terdapat banyak jenis teh herba di dunia ini yang mungkin akan memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kita jika diminum dengan kerap.

Berikut adalah beberapa contoh teh herba yang boleh dicuba:

1. Teh herba Echinacea

jenis teh

Echinacea merupakan sejenis herba yang berasal daripada bunga dan sering diekstrak untuk dijadikan teh bagi mendapatkan manfaat kesihatan tertentu.

Khasiat teh ini dikatakan mampu menguatkan sistem imun tubuh badan dan mampu melawan sebarang jangkitan atau penyakit.

Ada kajian mengatakan bahawa pengambilan teh ini ini mampu memendekkan tempoh jangkitan penyakit demam atau selsema.

Di samping itu, ia juga mampu melegakan sakit tekak serta hidung yang tersumbat dengan hingus.

2. Teh halia

Teh halia dihasilkan dari campuran air teh biasa dan halia, yang kemudiannya dijadikan minuman herba.

Walaupun berperisa agak kuat dan pedas, ia dipercayai mampu menyelesaikan masalah mual dan muntah yang sering dialami oleh ibu hamil.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap wanita hamil yang berada dalam fasa awal kehamilan, pengambilan teh halia mampu mengurangkan gejala tersebut.

Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu merawat masalah berkaitan organ perut seperti sakit perut, senak perut, dan ulser perut.

3. Teh bunga raya

Teh bunga raya adalah sejenis minuman herba yang berasal daripada bunga raya, yang juga menjadi lambang negara kita.

Selain warnanya yang cantik dan rasanya yang unik, teh ini dipercayai mampu mendatangkan manfaat kesihatan, terutamanya dalam melawan virus.

Menurut kajian tabung uji di makmal, didapati bahawa ekstrak teh herba ini mungkin mampu melawan strain virus selesema burung.

Namun, tahap keberkesanannya dalam melawan virus jenis lain masih belum dapat dipastikan dan kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengesahkannya.

4. Jenis teh herba Rooibos

Rooibos adalah sejenis herba yang berasal dari Afrika Selatan dan sering dijadikan teh herba untuk diminum bagi tujuan menyihatkan tubuh badan.

Antara khasiat teh herba ini adalah kepercayaannya oleh masyarakat setempat sebagai sangat bagus untuk pertumbuhan, perkembangan, dan ketumpatan tulang.

Menurut satu kajian tabung uji di makmal, didapati bahawa teh herba rooibos mampu merangsang sel yang terlibat dalam proses ketumpatan tulang manusia.

Selain itu, ia juga dipercayai mampu membantu merawat masalah batu karang buah pinggang, namun kajian lanjut masih diperlukan.

5. Teh herba chamomile

jenis teh

Chamomile adalah sejenis herba yang berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi minyak atau teh yang boleh disapu pada badan serta diminum.

Khasiat teh herba ini dipercayai mampu memberi efek ketenangan dan sering digunakan oleh individu yang mengalami masalah gangguan tidur atau gangguan mental.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap 34 pesakit insomnia, pengambilan teh chamomile sebanyak dua kali sehari dikatakan mampu merawat masalah tersebut.

Selain itu, herba chamomile juga mempunyai sifat antibakteria, antiviral, dan antiradang yang dipercayai mampu melindungi organ hati anda.

6. Jenis teh pudina

Teh pudina dihasilkan melalui proses pengestrakan daun pudina yang kemudian dijadikan salah satu minuman herba terkenal di dunia.

Ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan kerana unsur antioksidan yang dimiliki oleh tumbuhan ini.

Menurut kajian makmal yang pernah dijalankan, teh pudina dipercayai mampu merelakskan usus serta perut yang mengalami sebarang masalah.

Kesannya, minuman ini mungkin mampu merawat masalah seperti ketidakhadaman, senak perut, sakit perut, mual, muntah, serta pedih ulu hati.

7. Teh herba Lemon Balm

Berbeza dengan teh limau atau teh lemon yang biasa, teh herba ini berasal daripada sejenis tumbuhan herba dengan nama saintifik Melissa officinalis.

Dipercayai bahawa teh herba ini mempunyai banyak manfaat, termasuk untuk kesihatan dalaman serta kecantikan luaran tubuh badan manusia.

Menurut kajian yang melibatkan 28 orang yang minum teh herba ini setiap hari selama enam minggu, didapati ia mampu meningkatkan keanjalan arteri.

Dalam kajian yang sama, didapati bahawa teh ini juga mampu meningkatkan keanjalan kulit, menjadikannya sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Namun begitu, diingatkan bahawa segala kajian yang menunjukkan manfaat teh herba ini tidak semestinya akan mendatangkan kesan yang sama pada semua orang.

Oleh itu, tidak salah untuk mencubanya sebagai ubatan alternatif, namun sila dapatkan nasihat doktor tentang keadaan kesihatan anda terlebih dahulu, ya!

Sumber: HelloDoktor

Baca juga: Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN