nasi lemak utara

Sesiapa yang mempunyai alahan dengan santan pasti jarang makan nasi lemak. Namun, anda sebenarnya masih boleh nikmati nasi lemak tanpa santan iaitu Nasi Lemak Utara.

Dengar saja tentang Nasi Lemak Utara, sudah semestinya hidangan ini berasal dari negeri bahagian utara Semenanjung Malaysia dan ia cukup terkenal di negeri Kedah dan Perlis.

Ninie Zaini telah kongsikan cara memasak Nasi Lemak Utara di Facebook yang mudah dan hasilnya sangat memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Lemak Simple Dan Cepat Siap, Sedap Macam Beli Di Tepi Jalan

RESIPI NASI LEMAK UTARA

nasi lemak utara

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Halia (dihiris memanjang)
  • 2 batang serai
  • 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga)
  • Planta
  • Beras
  • Air
  • Garam halus
  • Serbuk perasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pandan
  • 7 hingga 8 biji lada hitam

Bahan-bahan untuk sambal tumis:

  • Cili kering (ikut suka berapa banyak)
  • 3 biji bawang besar
  • 12 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk telur rebus:

Cara-cara memasak nasi:

1. Mula-mula, tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai dan 4 sekawan dengan planta sampai kekuningan.

2. Selepas itu, tuang bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi.

3. Kemudian, masukkan beras yang telah dicuci bersih.

4. Seterusnya, masukkan air, garam halus, serbuk perasa, serbuk kunyit, daun pandan dan lada hitam.

5. Akhir sekali, masak nasi seperti biasa. Siap!

nasi lemak utara

Cara-cara memasak sambal tumis:

1. Mula-mula, gunting cili kering, buang biji, bersihkan dan rebus sebentar.

2. Selepas itu, kisar 2 biji bawang besar dan 10 ulas bawang putih.

3. Kemudian, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk sehingga kuning.

4. Seterusnya, masukkan bahan kisar, air sedikit dan asam keping.

5. Masukkan garam, gula, perasa dan masak sehingga pecah minyak elok.

6. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu periuk masukkan ikan bilis dan satu periuk lagi masukkan sotong kembang.

7. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong ke dalam kedua-dua sambal tadi. Siap!

Cara-cara memasak telur rebus:

1. Rebus telur dalam 8 minit. Siap!

Setelah siap Nasi Lemak Utara ini, anda akan dapat lihat nasi yang berwarna kuning dan baunya sangat wangi. Selain itu, ia sedap dimakan bersama sambal tumis dan telur rebus.

Selamat mencuba!

Sumber: Ninie Zaini

Baca juga: Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN