Categories: Infomasi

Perbezaan Limau Kasturi, Nipis Dan Purut. Nampak Sama Tapi Lain!

Terdapat tiga jenis limau yang biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Jenis limau tersebut adalah limau nipis, limau purut dan limau kasturi.

Jika sekali pandang, ketiga-tiga limau ini kelihatan hampir sama. Sebenarnya ada sedikit perbezaan yang ramai tidak tahu.

Dari segi kegunaan dalam masakan juga ada perbezaan. Ada yang sesuai dan ada yang tidak bersesuaian.

Baca juga: 10 Jenis Tomato Yang Ramai Tak Tahu, No. 9 Paling Jarang Jumpa!

KELAINAN DARI SEGI FIZIKAL DAN TEKSTUR

Dari segi rasa, limau purut dan limau kasturi berwarna hijau lebih pekat berbanding limau nipis. Limau nipis pula berwarna hijau muda atau hijau kekuningan.

Limau kasturi

Dari segi saiz, limau kasturi bersaiz paling kecil berbanding limau purut dan limau nipis yang mempunyai saiz hampir sama.

Selain itu, tekstur kulit limau purut lebih bergerutu berbanding dengan limau nipis dan kasturi yang lebih licin.

PERBEZAAN DARI JUMLAH AIR DAN WARNA AIRNYA

Limau nipis

Ketiga-tiga limau ini bila dibelah, kelihatan hampir sama. Tapi rupanya berbeza dari segi jumlah air dan warnanya.

Limau nipis dan purut, airnya berwarna hijau cerah dan lebih jernih berbanding limau kasturi yang hijau kekuningan.

Bila diperah, ketiga-tiga limau ini mempunyai jumlah air yang berbeza. Limau kasturi mempunyai air yang paling banyak, diikuti limau nipis dan limau purut paling sedikit airnya.

PERBEZAAN JENIS LIMAU DAN FUNGSI DALAM MASAKAN

Limau purut

Ketiga-tiga limau ini mempunyai rasa masam, namun rasa masam itu tidak sama. Limau kasturi lebih masam tapi ada sedikit rasa manis berbanding limau nipis dan purut.

Oleh itu, limau ini lebih sedap digunakan dalam masakan seperti sambal belacan. Malah, kulitnya juga turut digunakan bagi menaikkan keenakan rasa.

Sementara itu, limau nipis pula biasanya diambil airnya sahaja. Kulitnya jarang digunakan di dalam masakan kecuali diparut nipis pada bahagian hijaunya untuk ditambah ke dalam adunan kek.

Bagi limau purut pula, ia sangat jarang digunakan dalam masakan. Biasanya daun pokok limau ini lebih banyak digunakan dalam masakan berbanding dengan buahnya.

Di samping itu, limau nipis dan limau purut juga sering digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan organ dalaman.

Sumber: Rasa

Baca juga: AWAS! Elak Makan 7 Jenis Buah Ini Malam-Malam, Jadi Penyebab Masalah Iniā€¦

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago