Categories: Infomasi

5 Jenis Kerang Di Malaysia Dan Cara Memasaknya, Patutlah Isi Sedap Luar Biasa!

Malaysia cukup terkenal sebagai negara yang kaya dengan hasil laut dan terdapat beberapa jenis kerang di Malaysia yang selalu digunakan dalam masakan.

Selain memelihara kesihatan jantung dan mencegah anemia, kerang mempunyai khasiat yang cukup bagus dalam meningkatkan tahap imunisasi badan.

Restoran yang menghidangkan shellout atau steamboat pasti menyediakan beberapa jenis kerang untuk dipilih, tapi tak ramai yang tahu tentang nama kerang tersebut.

Berikut merupakan antara jenis kerang di Malaysia yang mudah dijumpai serta cara memasaknya dengan lebih sedap. Jom kita mengenalinya dengan lebih dekat!

Baca juga: Tips Rebus Kerang Tanpa Ambil Masa Lama, 1 Minit Je Dapat Isi Padat

5 JENIS KERANG DI MALAYSIA DAN CARA MEMASAKNYA

1. Kerang

Kerang yang biasa dinikmati oleh orang Malaysia. Ada yang mengenalinya sebagai kerang darah atau kerang dara. Ia memiliki cangkerang berwarna putih kecoklatan, berbentuk seperti hati dan bersimetri serta tetulang di kulit luar.

Lazimnya kerang jenis ini dimasak dengan cara direbus, kukus atau goreng dan mempunyai daging berwarna kemerahan di dalamnya.

2. Kerang bambu

Kerang jenis ini dikenali juga sebagai kerang buluh kerana cangkerang berwarna putih kecoklatan dan berbentuk panjang seperti buluh. Isinya berwarna putih dan dimasak dengan cara menumis.

3. Kupang

Kupang atau kerang hijau memiliki cangkerang hijau kehitaman dan isi berwarna oren terang. Saiz dan bentuk kupang lebih besar berbanding kerang. Ia sering menjadi sajian yang dimasak secara tumisan, goreng atau bahan pelengkap sup.

4. Tiram

Tiram memiliki kulit cangkerang yang tidak sekata dan agak menggerutu. Dagingnya rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan kalsium.

Buat pengetahuan anda, tiram juga mempunyai kulit cangkerang kelabu kehitaman dan isinya turut diproses menjadi sos seperti sos tiram yang biasa digunakan dalam masakan.

5. Kekapis

Kekapis mempunyai kulit cangkerang yang nipis, besar berbanding kerang dan rupa seakan kipas serta berwarna terang.

Isinya berwarna putih atau oren terang selain dikenali dengan nama scallops. Biasanya ia dimasak secara masam manis kerana lebih sedap.

Setelah mengenali jenis kerang di Malaysia ini, setidak-tidaknya anda taklah pandai makan saja. Selepas itu, bolehlah makan sambil ajar kepada anak-anak juga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fizzy Cafe Mee Udang Ketam

Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago