Categories: Infomasi

JENIS-JENIS CILI KERING YANG PATUT ANDA TAHU!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-03-22 03:56:25

Mesti ramai antara kita rasa semua cili kering sama je. Padahal cili kering ada beberapa jenis dan nama yang tersendiri. Jadi hari ini kami nak kongsikan jenis-jenis cili kering dan sesuai untuk masakan jenis apa. 

1. CILI KERING BERKILAT


Senang je nak tahu sifat cili kering jenis berkilat ni. Dia lurus, berkilat, banyak biji, berwarna merah
menyala dan tak bertangkai. Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk dapat di mana-mana sebab harganya agak murah. Cili kering jenis berkilat tak sesuai untuk masakan panas.

2. CILI KERING BERKERINTING


Cili kering ini berkedut dan kecut, bertangkai, banyak biji dan warnanya merah gelap. Cili kering ini sering kita guna. Ia senang untuk didapati kerana murah. Cili ini kurang pedas berbanding dengan cili kering berkilat memang sesuai untuk semua jenis masakan. 

3. CILI KERING GEMUK


Cili kering jenis ini pula sifatnya gemuk, kurang biji dan berwarna merah-merah kehitaman. Cili jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk masak sambal nasi lemak. Cili ini biasanya kita akan jumpa di bahagian Pantai Timur.

4. CILI KERING PAPRIKA


Yang terakhir, cili kering paprika. Ianya lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan berwarna
merah menyala. Kebiasaannya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk dan amat sesuai
digunakan untuk masak kari dan tomyam.

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago