PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-03-22 04:14:36
Anda seorang yang suka beli banyak cili dan simpan dalam peti? Tapi cili anda tak tahan
lama dan cepat sangat rosak? Macam-macam cara dah cuba tapi cili tetap tak tahan lama? Anda boleh cuba ikut tips viral dari Norizah Karim, insyaAllah lepasni cili anda boleh tahan lama.
1. Buang tangkai cili dan basuh bersih.
2. Toskan dan keringkan guna tisu dapur.
3. Simpan cili tersebut di dalam bekas yang tertutup ataupun Tupperware.
4. Simpan cili dalam peti sejuk.
5. Cili yang nak guna tu biarkan sekejap dekat luar dalam seminit dua. Tak perlu basuh
dah.
Tips yang ni pula untuk simpan cili supaya cili boleh tahan sampai sebulan. Biasanya tips ni
berguna untuk orang yang selalu beli cili dalam kuantiti yang banyak.
1. Buang tangkai.
2. Masukkan dalam Tupperware dan alas dengan tisu.
3. Kupas bawang putih dan letak dalam bekas Tupperware tadi.
*Cili boleh tahan sampai sebulan dan tak rosak.
Cara masak telur kukus ini boleh dijadi pilihan hidangan yang sesuai apabila badan terasa letih…
Masak lemak pucuk ubi sesuai dijadikan pilihan untuk menu makan tengah hari atau makan malam.…
Nak berjimat tetapi masih mahu menyediakan kek istimewa untuk keluarga? Resipi kek span coklat menggunakan…
Nak makan aiskrim Malaysia homemade yang manis, berlemak dan menyegarkan? Cara buat aiskrim Malaysia ini…
Nak tahu cara masak ayam kurma yang lebih sedap, harum dan kaya dengan rasa rempah?…
Nak nasi lemak yang wangi, lembut dan cukup lemak? Ada beberapa tips nasi lemak sedap…