Kebiasaanya kalau tersalah beli cili kering, mesti berpijau lidah ini dibuatnya. Jom ketahui jenis cili kering serta tahap kepedasannya di sini.
Mesti ramai orang bersangka semua cili kering ni sama saja. Tapi hakikatnya tidak. Ada beberapa jenis cili kering serta nama yang mereka yang tersendiri.
Baca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar!
Jika ke pasar, dah tak perlu risau tersalah pilih nanti, sebab senang nak pilih cili kering untuk dibuat sambal kepada anak-anak.
Jangan risau, jom kita tengok 5 jenis cili kering dan ketahui apa yang sesuai untuk masakan jenis apa.
1. Cili Kering Berempah
Bentuk fizikal: lurus, licin, pendek-pendek, banyak biji, dan lebih kecil.
Tahap kepedasan: Sangat pedas
Harus digunakan dengan berhati-hati dalam masakan. Korang yang mempunyai perut sensitif atau mempunyai masalah gastrik perlu elak cili kering jenis ini. Tapi, kalau nak cuba atas risiko sendiri tau.
2. Cili Kering Biasa
Bentuk fizikal: banyak kecut, kedut dan panjang serta mempunyai warna merah yang pekat.
Tahap kepedasan: Sederhana pedas
Bagus digunakan untuk menambah rasa ke dalam hidangan. Kalau korang tidak boleh makan banyak makanan pedas, ini sebenarnya sudah dianggap agak pedas untuk korang.
3. Cili Kering Salem
Bentuk fizikal: berbentuk seperti buah ceri.
Tahap kepedasan: Sederhana pedas
Cili kering ini berasal dari Salem, India. Ia sesuai digunakan dalam masakan India. Mempunyai haruman dan rasa yang agak sedap.
4. Cili Kering Yidu
Bentuk fizikal: Gemuk, kurang biji, licin, pendek-pendek, dan besar.
Tahap kepedasan: Tak pedas
Ia bagus digunakan untuk membuat sambal iaitu pes cili atau cili boh. Tapi harga cili kering ini boleh tahan mahal.
5. Cili Kering Kashmir
Bentuk fizikal: Warna merah pekat, banyak kedutan, tiada tangkai.
Tahap kepedasan: Sederhana pedas
Berasal dari Kashmir, India dan tidak dijual dalam Malaysia. Jangan risau,korang boleh memesannya secara dalam talian. Hebat untuk digunakan dalam tandoori, hidangan daun pisang dan hidangan India yang lain.
Sumber: My Weekend Plan