jemput pisang

Siapa yang tak suka jemput pisang rangup di luar, lembut di dalam? Kudapan manis ini mudah dibuat, cepat siap dan sesuai untuk santapan berdua atau kudapan keluarga.

Versi perkongsian Nor Farah Atika ini hanya guna pisang berangan, gula, tepung gandum dan sedikit bahan kering. Saiz kecil paling sedap, sekali ngap terus habis sepinggan, confirm puas hati!

Baca juga: Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat

RESIPI JEMPUT PISANG RANGUP LEMBUT

jemput pisang

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Lenyek pisang – Gunakan cawan untuk lenyek hingga lumat. Pisang yang manis dan masak ranum paling sedap.

2. Campur bahan kering – Masukkan baking powder, baking soda, garam dan tepung gandum. Gaul rata bersama pisang hingga sebati.

3. Panaskan minyak – Pastikan minyak banyak dan betul-betul panas supaya jemput pisang rangup.

4. Jemput pisang – Ambil sedikit adunan dan tolak guna hujung ibu jari terus masuk ke dalam kuali. Saiz kecil lebih cepat masak dan mudah dimakan.

5. Goreng hingga keemasan – Kacau selalu supaya tidak hangus. Bila warna dah keemasan, angkat dan toskan.

Tips Untuk Sedap Maksimum

  • Saiz kecil lebih best, sekali ngap terus habis sepinggan!
  • Jangan letak tepung terlalu banyak, nanti rasa pisang tenggelam.
  • Ada juga yang letak tepung beras atau telur, tapi janji sedap pun dah cukup.
  • Hasil resipi ini boleh dapat 25–30 biji jemput pisang comel-comel. Nak buat lebih? Gandakan portion ikut keperluan.

Mudah, cepat dan confirm sedap. Jemput pisang ini memang pilihan terbaik kalau nak kudapan cepat tanpa komplen dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Jemput Jemput Nasi Gebu, Baru Makan Sebiji Dah Rasa Susah Nak Berhenti!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN