resepi ayam masak sambal

Resepi ayam masak sambal menggunakan chili flakes ini sangat berguna apabila stok cili kisar di rumah habis. Anda tetap boleh menikmati ayam sambal yang pedas, wangi dan sedap.

Selain mudah disediakan, resepi ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Anda boleh pilih untuk membuat sambal berkuah atau sambal kering mengikut kesukaan.

Baca juga: Resepi Masak Kurma Ayam, Tips Tumis 3 Kali Sampai Garing Buat Kuah Lebih Sedap Dihirup!

RESEPI AYAM MASAK SAMBAL

resepi ayam masak sambal

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 2 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 botol kecil chili flakes
  • Sekeping asam keping
  • 2 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga masak tetapi jangan terlalu garing. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan serai. (Jika tidak mahu kisar serai, boleh titik sahaja.)
  3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan chili flakes dan asam keping ke dalam bahan kisar tadi.
  5. Tuangkan 2 cawan air jika suka sambal berkuah. Jika ingin sambal kering, boleh kurangkan air.
  6. Masak sambal sehingga pecah minyak.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Liza Sofiah Harumie

Baca juga: Resipi Ayam Masak Madu Pekat Berkilat, Makan Dengan Nasi Panas Memang Tak Cukup Pinggan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending