Categories: Resipi

Jagung Cheese Susu Viral, Buat Versi Mudah Ikut Cara Ini

Pernah cuba Jagung Cheese Susu? Kalau bagi anak-naak makan, confirm terus jadi snek kegemaran baru.

Biasanya jika beli di luar, penjual akan letakkan dalam cup. Untuk buat resipi ini, anda kena guna susu pekat manis dan susu cair dan keju slice.

Jagung pulak, kena guna jagung tongkol, barulah ia empuk dan serasi dengan bahan lain nanti.

Baca juga: Jagung Liat & Kecut? Ini 7 ‘Rahsia’ Rebus Sedap Yang Penjual Selalu Pakai

Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nadzirah Ismail.

Jom kita cuba buat.

Resipi Jagung Cheese Susu Viral

Bahan-bahan:

  • Jagung
  • 1 sudu marjerin/ planta
  • 1 tin susu cair
  • 1 mangkuk kecil susu pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air masak
  • Cheese slice (ikut suka lagi banyak lagi sedap)

Cara-cara membuatnya:

1. Cairkan majerin atau planta dan masukkan susu cair.
2. Perasakan dengan garam dan letak sedikit susu pekat yang dicampur dengan air masak.
3. Biar mendidih dan masukkan jagung. Masak sampai jagung empuk.
4. Tutup api dan letak cheese atas jagung.

5. Siap untuk dihidang kepada semua.

Mudah je kan! Tak renyah pun. Korang kena letak air dalam susu pekat tu. Takut teksture kuah cheese nanti terlalu pekat.

Biarkan sampai jagung empuk baru korang letak cheese. Cheese ni cepat cair. So, kena letak akhir sekali.

Selamat mencuba.


Sumber: Nadzirah Ismail
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Sambal Daun Kayu Tempoyak Versi Simple, Guna Bahan Apa Ada Di Dapur Saja

Selain masak lemak cili api, ramai yang tak lepaskan peluang untuk makan Sambal Daun Kayu…

36 mins ago

Resipi Korea Garlic Cheese Bread, Guna Roti ‘Burger’ Je Tak Payah Uli!

Korean garlic cheese bread pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu. Mungkin anda salah…

41 mins ago

Jemput Jemput Kentang Lembut Sampai Ke Petang, Pakai Air Sejuk Pun Sedap!

Setiap pagi mesti nak sedia sarapan yang lazat untuk keluarga di rumah. Kali ini, kami…

2 hours ago

5 Jenis Ikan Sedap Dibakar Dengan Isi Manis, Masak Kosong Saja Pun Sedap!

Sebelum ini kami pernah kongsikan tentang ikan yang sedap untuk digoreng. Kali ini, kami nak…

17 hours ago

Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!

Ada peminat kulit ayam goreng di sini? Memang nikmat dapat makan kulit ayam yang baru…

18 hours ago

Cara Buat Roti Puri Tanpa Guna Yis, Dah Sejuk Pun Tetap Kembang Elok

Buat peminat makanan India, pasti anda akan teruja dengan cara buat Roti Puri ini. Bukan…

20 hours ago