Siapa je yang tak sayang isteri kan? Pasti remuk hati seorang suami kalau seseorang mengapa-apakan isterinya.
Seperti yang berlaku kepada sepasang suami isteri ini apabila isterinya diketawakan di tempat awam.
Isteri Kena Gelak Dengan Pekerja Supermarket
Menerusi perkongsian oleh pengguna @m.rafisan, dia berkongsikan kisah memalukan yang menimpa isterinya ketika membeli di pasaraya.
Sebaik pulang dari pasaraya, isterinya memberitahu telah diketawakan oleh ‘abang timbang’ gara-gara membeli ketam dengan kuantiti seekor sahaja.
Nak beli banyak tapi risau tak habis, nak tak nak terpaksa membeli seekor sahaja.
Niat isteri berkongsi cerita untuk meraih simpati suami, namun lain pula jadinya apabila si suami turut mengelakkan telatah isterinya itu.
Lihat video penuh di bawah:
@m.rafisan Nasiblah dapat wife suka makan ketam. 😌 #fyp #fypシ #fypage #ketam #wife #tiktok #marriage
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut terhibur dengan kisah itu dan rupanya ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut.
“Beli banyak buat apa…”
“Beli banyak tak habis pulak..”
“Satu pun dah membahagiakan..”
Sumber: TikTok @m.rafisan