PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-14 07:19:35

Memang tak dapat dinafikan, para ibu di luar sana pasti dah buntu nak sediakan hidangan minum petang untuk seisi keluarga kan? Yelah, kalau asyik sediakan menu yang sama je kadang-kadang bosan juga. Untuk sedikit kelainan, apa kata korang cuba resepi Enoki Poket Crispy yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook. Confirm anak-anak suka!

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

Bahan-bahan:

  • 2 paket cendawan enoki
  • 6 keping kulit popia
  • 1 cawan tepung bestari spicy
  • 3 sudu makan tepung gandum bancuh dengan air sebagai gam
  • 1/3 cawan tepung bestari bancuh dengan air

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

Cara-cara:

1. Potong bahagian pangkal akar cendawan, pisahkan cendawan yang bergumpal, basuh bersih dan ketepikan.

2. Kulit popia potong 4 bahagian.

3. Ambil 1 bahagian kulit popia, letak sedikit enoki, lipat seperti poket, guna tepung gam untuk lekatkan kulit popia, buat sampai habis.

4. Ambil 1 poket enoki, celup pada bancuhan tepung bestari, kemudian golekkan pula ke dalam tepung bestari, buat sampai habis.

5. Panaskan minyak yang banyak, goreng hingga garing guna api perlahan.

6. Sedia dihidang bersama dengan cili sos ikut citarasa.

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

Selamat Mencuba

Kredit: Julia Aleen Aireish

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN